Thursday, August 06, 2015
Tak Tahu Hujung Pangkal Elok Diam... Kata Ketua Polis Negara Pada Azmin
"YAB MB Selangor, kalau tak tau hujung pangkal tugas yang @PDRMsia dan
@SPRMMalaysia buat, elok lah diam. Jangan pulak nanti menggangu tugas
kami."
Itu kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitternya
dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang
dakwa polis sedang campurtangan ganggu siasatan SPRM dalam kes 1MDB.
Inilah yang susah tentang pembangkang.Semua main tembak ikut suka hati.
Khalid tentu mempunyai sebab untuk merasa marah dengan gelagat seperti ini.
Menteri Besar Selangor itu Rabu mengeluarkan satu kenyataan desak SPRM
menggunakan segala kuasa yang ada padanya mematahkan campurtangan haram
polis dalam siasatannya keatas anak syarikat 1MDB yakni SRC
International Sdn Bhd.
Beliau persoal polis guna kuasa menahan dan menyiasat beberapa
personaliti SPRM dan Jabatan Peguam negara yang terlibat dalam siasatan
kes 1MDB.
Azmin dakwa tindak tanduk ini gangguan untuk menakutkan bagi menyekat kelancaran siasatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment