Thursday, August 06, 2015
Sudah Gila Puak Puak Ni.... Polis Tidak Terima Permohonan Penganjur Perhimpunan 808
KUALA LUMPUR : Polis tidak menerima sebarang permohonan daripada
penganjur 'Perhimpunan 808' yang akan diadakan Sabtu ini oleh sekumpulan
aktivis media yang membantah penggantungan akhbar The Edge.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata,
penganjur sepatutnya mengikut peraturan yang ditetapkan bagi penganjuran
sesebuah perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman
(APA) 2012.
"Sehingga kini polis masih belum menerima apa-apa notis daripada penganjur perhimpunan itu.
"Bagaimanapun, polis akan berusaha mencari penganjur dan menghubungi
mereka untuk datang berbincang dan memberi taklimat berkenaan
perhimpunan apa yang bakal diadakan pada Sabtu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Hari
Raya Aidilfitri anjuran pegawai wanita peringkat Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, Rabu.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.
Zainol berkata sekiranya penganjur tetap berdegil dan mengadakan
perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil kerana melanggar APA.
Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai lepas.
Tindakan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan kedua-dua akhbar
itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan
ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.
Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan Gabungan Kebebasan
Media (CPF) mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan di sekitar
ibu kota pada Sabtu ini.
Perhimpunan itu sebagai tanda sokongan kepada The Edge sambil memberi
tekanan dan membantah tindakan KDN yang menggantung permit akhbar itu.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment