Thursday, August 06, 2015
Sumbangan Politik Tidak Pernah Diumumkan Dalam MT UMNO dan UMNO Negeri – Shahrir Samad
Majlis
Tertinggi UMNO tidak pernah bertanya atau dimaklumkan sebarang derma
atau sumbangan politik kepada akaun “trustee” Presiden atau Bendahari
parti.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mula menjadi ahli Majlis Tertinggi
UMNO sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa Majlis
Tertinggi UMNO dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak pernah
dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh
Presiden atau bendahari parti.
“Selama saya duduk dalam MT UMNO dan Jawatankuasa Perhubungan UMNO
Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada
ahli MT dan Perhubungan Negeri.”
“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti
mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
dan Bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti
politik dan pilihan raya.”
Shahrir berkata demikian dalam satu perbualan whatsapp sebagai respon
kepada beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada dan politik RM 2.6 B
tersebut dimaklumkan kepada MT.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment