Thursday, August 06, 2015
Tangkapan 3 Pegawai SPRM Jejaskan Siasatan - Mustafar Ali.. Ingat SPRM Kebal Sangat Kah?
PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengakui siasatan
terhadap kes SRC International Sdn Bhd terjejas akibat penahanan tiga
pegawai SPRM pada Rabu.
"Seorang Pegawai Kanan dipanggil polis dan dibenarkan pulang ke pejabat
sekitar 6 petang. Tapi dua lagi ditangkap polis untuk siasatan dan
mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
"Salah seorang daripadanya adalah pegawai penyiasat yang menyiasat kes SRC International.
"Penyiasatan kes masih diteruskan dan kita jalankan secara bebas, telus
dan profesional," katanya ketika ditemui oleh media di Menara Prisma, di
sini pada Rabu.
Beliau turut mengakui tindakan yang diambil ke atas pegawai penyiasat SPRM sedikit sebanyak menjejaskan proses siasatan.
"Saya sahkan mereka dipanggil ke IPD Putrajaya, bilik pejabat mereka
digeledah dan dibuat pembongkaran, selepas itu dibawa ke rumah
masing-masing," tambahnya.
Pada Rabu, tiga pegawai SPRM telah ditahan polis untuk membantu siasatan
terhadap SRC International, yang dahulunya antara entiti 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment