Sunday, August 09, 2015
Umno Sanggup Bentang Akaun Jika Pembangkang Turut Berbuat Demikian - PM
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno sanggup
membentangkan akaun parti itu dengan syarat pembangkang turut melakukan
perkara yang sama.
Perdana menteri dan presiden Umno itu berkata beliau sanggup berbuat
demikian pada bila-bila masa memandangkan setiap dana yang diterima
semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk kepentingan peribadi.
"Pembangkang ini baik sangat ke? Kalau nak tahu segala-galanya dia pun
kena terangkan dia dapat dana dari mana... jangan tuduh saya dan tuduh
Umno sahaja, tapi dia (pembangkang) syok sahaja terima (dana).
"Dia boleh tahan juga, apa yang saya tahu, macam-macam juga masuk,"
katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Bandar Tun Razak di sini, Sabtu.
Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan.
"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara," katanya.
Najib menegaskan derma yang diterima itu bukanlah kerana beliau memberi sesuatu kepada mana-mana pihak.
"Saya terima pun bukan kerana saya bagi kontrak. Orang lain boleh terima
kerana dapat kontrak (dan) mungkin dapat tanah diluluskan untuk
pembangunan (kerana) orang bagi derma. Tetapi ini tiada kaitan sama
sekali.
"Sebab itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah kata
bahawa itu bukan rasuah dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
punya duit," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta anggota Umno terus mempertahankan parti kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan parti.
"Banyak kita bagi pertolongan kepada bahagian. Banyak tanggungjawab
sosial korporat kita buat. Banyak orang belum pernah naik haji pergi
haji. Banyak rumah yang tak pulih kita pulihkan.
"Banyak bahagian dapat setiap bulan sumbangan. Janganlah bila sudah
dapat ini, semua senyap. Bila saya diserang kita tambah lagi, kita tuang
minyak," katanya.
SPRM pada Rabu mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun
perdana menteri ialah sumbangan daripada penderma Timur Tengah.
Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh
penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB
Perdana Menteri."
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment