Sunday, August 09, 2015
Janganlah Bila Sudah Dapat Senyap Saja...
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sebut beliau kecewa atau marah.Namun ibarat kata orang 'faham-faham sudahlah'.
Jangan kata Perdana Menteri manusia mana pun pasti rasa 'kurang sedap' kalau begini halnya.
Apa tidaknya bila dapat dana senyap saja,bila Presiden parti kena serang
ada yang ahli parti sendiri yang tumpang semangkuk jadi batu api kasi
panas lagi.
"Banyak bahagian dapat setiap bulan sumbangan. Janganlah bila sudah
dapat ini, semua senyap. Bila saya diserang kita tambah lagi, kita tuang
minyak,", Itu kata Najib semasa merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian
Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Sabtu.
Beliau menyebut hal itu semasa menyentuh isu dana sumbangan politik
dimana sekarang beliau berdepan dengan serangan bukan sahaja dari
pembangkang malah ada juga dari kalangan dalam UMNO.
Mesej yang jelas,Perdana Menteri harapkan seluruh ahli UMNO berpadu
mempertahankan dan menangkis serangan dalam isu sumbangan politik yang
hangat kebelakangan ini.
Najib menegaskan derma yang diterima itu bukanlah kerana beliau memberi sesuatu kepada mana-mana pihak.
Sebagai Presiden parti katanya beliau akan terus mencari dana untuk parti dan dana itu bukanlah untuk kepentingan dirinya.
"Banyak kita bagi pertolongan kepada bahagian. Banyak tanggungjawab
sosial korporat kita buat. Banyak orang belum pernah naik haji pergi
haji. Banyak rumah yang tak pulih kita pulihkan,"katanya.
Najib berkata beliau bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan.
"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara," katanya.
Najib menegaskan derma yang diterima itu bukanlah kerana beliau memberi sesuatu kepada mana-mana pihak.
"Saya terima pun bukan kerana saya bagi kontrak. Orang lain boleh terima
kerana dapat kontrak (dan) mungkin dapat tanah diluluskan untuk
pembangunan (kerana) orang bagi derma. Tetapi ini tiada kaitan sama
sekali.
"Sebab itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah kata
bahawa itu bukan rasuah dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
punya duit," katanya merujuk kepada RM2.6 billion dari penderma Timur
Tengah yang masuk ke akaunnya..
Sehubungan itu beliau meminta anggota UMNO terus mempertahankan parti kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan parti.
Najib juga mengulangi cabarannya kepada pembangkang supaya membentangkan akaun parti mereka.
Katanya jika pembangkang berani UMNO bila-bila masa sedia membentangkannya.
Perdana menteri dan presiden UMNO itu berkata beliau sanggup berbuat
demikian pada bila-bila masa memandangkan setiap dana yang diterima
semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk kepentingan peribadi.
"Pembangkang ini baik sangat ke? Kalau nak tahu segala-galanya dia pun
kena terangkan dia dapat dana dari mana...jangan tuduh saya dan tuduh
UMNO sahaja, tapi dia (pembangkang) syok sahaja terima (dana).
"Dia boleh tahan juga, apa yang saya tahu, macam-macam juga masuk," katanya.
Najib meminta ahli UMNO sedar bahawa serangan bertalu-talu pembangkang
terhadapnya kebelakangan ini ada bertujuan untuk melemahkan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment