Sunday, August 09, 2015
Perhimpunan 808 Berlangsung Aman
KUALA LUMPUR : Kira-kira 200 orang termasuk peguam dan aktivis media
mengikuti 'Perhimpunan 808' di sekitar Pasar Seni di sini, Sabtu, yang
antara lain dianjur bagi membantah penggantungan akhbar The Edge.
Peserta mula berkumpul di hadapan pekarangan Pasar Seni kira-kira pukul
10.30 pagi sebelum bergerak beramai-ramai membawa sepanduk 'Media bukan
musuh' dan 'Journalism is not a crime' ke Dataran Lebuh Pasar di hadapan
bangunan Majlis Peguam Malaysia.
Perhimpunan selama sejam setengah itu bagaimanapun berjalan tenang dan dikawal pasukan polis.
Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan
Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah, Anggota Parlimen Petaling Jaya
Utara Tony Pua dan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga
Sreenevasan.
Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung
tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai berkaitan laporannya tentang isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment