Sunday, August 09, 2015
Apa Hal Plak Anaknya Bersuara Plak...."Biar Dibuang Dunia Kerana Pertahan Kebenaran" - Luahan Anak Pengarah SPRM
PETALING JAYA : Beberapa jam selepas Pengarah Bahagian Operasi Khas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin
ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuatkuasa serta merta,
anak perempuannya berkongsi perasaan mengenai nasib yang menimpa
bapanya.
Dalam entri di laman Facebooknya, Eila Bahri menceritakan sepanjang
tempoh 33 tahun bapanya berkhidmat dengan SPRM, ahli keluarga mereka
sering berdepan pelbagai dugaan termasuk diugut, diganggu, diherdik dan
dipulaukan.
Malah lebih teruk lagi, katanya, bapanya turut diganggu menggunakan ilmu sihir.
"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin, dah hampir 33 tahun berkhidmat dengan
SPRM. Berpuluh tahun dia bekerja jalankan amanah rakyat siasat dan
tangkap malaun-malaun yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).
"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang.
Selama dia bekerja sebagai pegawai SPRM, kami sebagai ahli keluarga
sering kena ugut, kena santau, kena kacau, kena pulau, kena herdik dan
sebagainya. Dia apatah lagi," katanya.
Namun, menurut Eila, bapanya itu sentiasa berpegang kepada prinsip biar
dibuang oleh dunia kerana mempertahankan kebenaran daripada dijulang
kerana kebatilan.
"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah reda," katanya.
Jelas Eila, bapanya merupakan seorang yang tegas dan mementingkan didikan agama.
"Masa kami mula-mula nak belajar bercakap, kami tidak pernah dikenalkan
kepada Cinderella, tapi kami tahu betapa iblis sangat takut pada Umar
Al-Khattab.
"Bukan nak bangga tapi kami tahu siapa Bahri Muhamad Zin ini dari kami
lahir lagi. Jadi kami tahu bila dia cakap dia akan buat, betul dia akan
buat," katanya.
Eila berkata, sepanjang hidupnya, dia menyedari bapanya mempunyai
kepakaran dalam bidang agama, menyiasat mahupun menangkap penjahat dan
menanam pelbagai jenis pokok.
Justeru, Eila turut tertanya-tanya mengenai tindakan pertukaran bapanya
ke JPM selepas beberapa hari disiasat pasukan khas Bukit Aman.
"Jadi bila dia dipindahkan ke JPM, saya mula terfikir, apa benda yang
korang nak dia buat sebenarnya? Ajar orang kat JPM tentang Agama? Tanam
pelbagai jenis pokok kat JPM dengan harapan hasil boleh bayar bil rumah
pembesar atau lagi banyak korang nak dia kantoikan korang?," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment