Sunday, August 09, 2015
4 Ditahan Cuba Cetuskan Rusuhan di Kapar
KLANG : Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung
insiden rusuhan yang berlaku ketika majlis perarakan mengiringi mayat
seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Jalan Kereta Api Lama, Kapar,
di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6 petang bermula selepas pengiring
majlis berkenaan dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta ketika
pemandunya melalui persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan.
Tindakan itu mengundang padah apabila pemandu kereta berkenaan 'naik
angin' lalu bertindak memanggil beberapa rakannya yang kemudian
memecahkan cermin hadapan sebuah kereta lain yang diletakkan di situ.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong
berkata, susulan laporan polis yang dibuat, pihaknya berjaya menahan
empat individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
“Kesemua mereka berusia 15 hingga 23 tahun ditahan kira-kira jam 8 hingga 12 malam kelmarin.
“Mereka direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan rusuhan,” katanya.
Mengulas lanjut berkenaan viral yang tersebar di aplikasi WhatsApp
meminta orang ramai agar berhati-hati ketika berada di kawasan Kapar
kerana terdapat pergaduhan melibatkan ketua-ketua gangster, Mohd Shukor
berkata, viral itu tidak benar dan pihaknya memandang serius perkara
itu.
“Kita akan siasat perkara ini dan tindakan sewajarnya akan diambil
kepada mereka yang menyebarkan perkara atau maklumat yang tidak benar,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment