Sunday, August 09, 2015
MH370 : Al-Quran Ditemui di Pulau Reunion
PERANCIS : Sebuah naskhah al-Quran adalah barang terbaharu
ditemui ketika penduduk Pulau Reunion terus menyerahkan serpihan pesawat
di kawasan pantai timur pulau berkenaan pada Jumaat.
"Ia mungkin teks al-Quran dari Malaysia, Indonesia atau Brunei - di mana
majoriti penduduknya adalah Islam," kata seorang wartawan Malaysia
ketika ditanya pemberita tempatan mengenai buku bersalut plastik itu.
"Ia juga mungkin dari Mindanao, Filipina. Tapi realitinya ia mungkin berasal dari mana-mana negara Islam."
Sementara itu, kerajaan Perancis terus menggandakan usaha mencari
serpihan pesawat MH370 dengan menambah jumlah helikopter dan kapal
terbang yang meninjau di udara Pulau Reunion manakala bot meninjau di
laut.
"Atas arahan presiden dan perdana menteri Perancis, adalah diputuskan
untuk menghantar aset tambahan maritim dan pasukan udara bagi mengesan
serpihan di sekeliling Reunion," kata menteri pertahanan, pengangkutan
dan laut dalam kenyataan bersama.
Presiden Majlis Wilayah Reunion akan menyelaras operasi berkenaan yang
dijalankan oleh angkatan tentera di Zon Lautan Hindi Selatan.
Polis pulau berkenaan akan turut menjalankan pengawasan.
Pada Khamis, Datuk Bandar Saint Andre - tempat serpihan pesawat ditemui
pada 29 Julai lalu berkata, "pencarian menyeluruh" di kawasan pantai
akan dijalankan Isnin depan.
Dipetik daripada sumber : The Telegraph
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment