Sunday, August 09, 2015
WSJ: PM Arah Dapatkan Nasihat Pakar Perundangan AS
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri akan mendapatkan pandangan pihak kedua
berhubung tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ)
berkaitan artikel 1Malaysia Development Bhd.
Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata,
ia susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) paga
Isnin bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah hasil
sumbangan penderma, bukan 1MDB.
"Penerbit (WSJ) mengelak daripada mengakui bahawa artikel mereka menuduh
wang berkenaan datangnya daripada 1MDB," kata Hafarizam kepada
pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Khamis.
Hafarizam berkata, beliau menemui Najib dan mendapat arahan untuk
mendapatkan nasihat berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil,
termasuk mengambil kira untuk mendapatkan nasihat peguam di Amerika
Syarikat (AS) kerana isu berkenaan berkait dengan perundangan
antarabangsa.
Tanpa menetapkan tempoh masa untuk berbuat demikian, Hafarizam berkata, beliau diarah melaksanakannya dengan kadar segera.
WSJ menyiarkan artikel memetik penyiasat yang tidak dinamakan mendakwa
hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi
Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri yang memberi maklum balas berhubung perkara itu
berkata, artikel berkenaan adalah sabotaj politik, manakala 1MDB pula
menegaskan tiada dana yang dipindahkan ke akaun Najib.
Firma Hafarizam telah mengirim surat untuk mendapatkan penjelasan WSJ
berhubung artikel yang disiarkan pada 2 Julai dan 23 Julai, bagaimanapun
penerbit akhbar berpangkalan di AS, Dow Jones & Company
mempertahankannya dengan memaklumkan intipati artikel itu sudah
menjelaskan segalanya.
Hafarizam bagaimanapun enggan mengesahkan bentuk tindakan undang-undang yang sedang dipertimbangkan.
"Kami belum memutuskan untuk memfailkan sama, bagaimanapun masih terbuka untuk sebarang tindakan susulan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment