Thursday, August 06, 2015

Zahid Hamidi Beri AMARAN Pada 6 Menteri Di Perak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis memaklumkan beliau akan memantau prestasi 6 menteri penuh yang berasal dari Perak dan komitmen mereka untuk membangunkan negeri itu semasa mereka memegang jawatan berkenaan.

Zahid menasihat 6 menteri yang berasal dari Perak dengan mengatakan jangan mengambil kesempatan dengan lantikan yang diberikan, sebaliknya berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri itu.

Zahid berkata, beliau mahu 6 menteri itu membawa pembanginan ke negeri itu untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia.

"Jangan pernah ambi kesempatan untuk diri sendiri tetapi ambillah mana yang sempat untuk membawa pembangunan ke Perak," kata Zahid ketika berucap pada Majlis bersama Timbalan Perdana Menteri di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh semalam.

Dalam ucapannya, Zahid turut memberitahu kepada rakyat yang hadir di majlis itu supaya memberitahu kepada dirinya untuk bersama-sama beliau membawa perubahan di negeri itu.

Katanya, beliau telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk membawa perubahan kepada negeri Perak sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia.

"Saya tidak ada kuasa tapu saya perhatikan kalau ada maklum balas daripada tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada tidak membawa pembangunan bagi tahu saya.

"Saya dah berjanji kepada diri saya dan Sultan Perak bahawa titah Tuanku untuk melihat anak Perak di peringkat nasional mesti bantu negeri asal dari segi pembangunan menjadi realiti," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment