Masih lagi sabar menunggu
Wednesday, October 21, 2009
Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji Kg. Pancor
Masih lagi sabar menunggu
Monday, October 12, 2009
Pemuda Mahu Bagan Pinang Dijadikan Momentum Permulaan Kemenangan BN
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya cukup berpuas hati namun mengingatkan semua jentera bahawa tidak menganggapnya sebagai satu sokongan muktamad rakyat.
"Ini petanda baik kepada kita. Namun saya nak ingatkan kepada jentera BN agar jangan kita mendabik dada sebab ini baru permulaan kepada kemenangan kita.
"Jangan kita angkuh dan merasakan ini keputusan muktamad bahawa rakyat telah kembali kepada BN. Saya harap kita dapat tingkatkan lagi usaha. Dan saya harap ini bukan penyelesaian kepada segala usaha kelemahan yang dihadapi oleh BN", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kemenangan besar BN di Bagan Pinang apabila calonnya Tan Sri Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada pilihanraya umum lalu.
Sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera yang terlibat beliau menyifatkan kemenangan besar BN itu hasil daripada beberapa faktor.
"Kita lihat kemenangan ini datang daripada beberapa faktor, pertama calon yang diterima oleh penduduk tempatan dan kempen serta jentera yang kemas.
"Kali ini saya tidak nampak masalah yang besar sepertimana yang berlaku sebelum ini. Kemenangan ini juga membuktikan penerimaan rakyat terhadap dasar dan kepimpinan BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak", ujarnya.
Sementara itu mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2009 pula beliau berharap perwakilan dapat memberi tumpuan penuh kepada proses trasformasi parti melalui pindaan perlembagaan.
Pindaaan ini tegasnya bakal memberi suntikan semangat kepada parti dan mengiktiraf orang muda dalam parti UMNO melalui beberapa pindaaan yang akan dibuat nanti.
"Untuk Pemuda UMNO, saya nak ingatkan jangan kita sia-siakan pengiktirafan menerusi pindaan ini.
"Saya percaya pucuk pimpinan telah memberikan pengiktirafan tersebut dan tanggungjawab kita adalah untuk membuktikan bahawa dengan pengiktirafan tersebut kita dapat tunaikan segala amanah yang diberikan kepada kita. Tidak ada alasan lagi selepas ini....tidak beri hak dan sebagainya", kata beliau.
Pindaan ini jelas beliau lagi telah memberikan hak yang cukup besar kepada Pemuda dan berharap manfaat dari pindaan ini digunakan untuk meningkatkan prestasi pergerakan itu.
- Oleh Kazman Kamal -
Provokasi Melampau Pas Di Bagan Pinang Makan Tuan
Malah tindakan terakhir Pas memanggil penyokong import mereka dengan melancarkan jihad pada dua hari terakhir berkempen jelas tidak berupaya membantu Pas menagih undi.
Sebaliknya kehadiran ramai penyokong import Pas melemaskan penduduk tempatan hingga menimbulkan pelbagai ketegangan.
Akhirnya pengundi Bagan Pinang mengajar Pas apabila keputusan diumumkan memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan pertambahan majority undi sekali ganda.
Pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang BN mengekalkan kemenangan dengan majoriti 5,435 undi.
Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
- Oleh EDITOR -
Pas Menipu Lagi !!, Polis Sahkan Tiada Petugas Pas Kena Tetak Pedang Samurai
Ternyata tindakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat dakwaan ahli partinya dipukul hingga cedera parah oleh Pemuda BN umpama senjata makan tuan.
"Pihak polis telah pun membuat siasatan awal dan setakat ini tiada siapa yang datang mengatakan beliau telah dipukul begitu teruk keadaannya.
Alahai Anwar!! Tak Pernah Berubah
Beliau kemudian menyuruh Marina Yussof membuat kenyataan kononnya Dr. Mahathir pernah ada hubungan sulit dengan seorang wanita Cina pada sekitar awal 80-an.
Tujuannya apa? Untuk mengalih tumpuan daripada dirinya kepada orang lain.
Sunday, October 11, 2009
Keropok Cap Bulan Untuk Satu Undi!!
Mereka mengutuk, mengeluarkan firman Allah swt untuk memperkuatkan lagi hujah mereka seperti yang dilakukan oleh 'ustaz' Go-bala Krishnan, pemimpin PKR.
Mereka menonjolkan diri mereka seperti suci dan bersih dari rasuah dan sogokan. Mereka mahu pendengar-pendengar tahu bahawa mereka amat benci kepada taktik rasuah dan sogokan kepada pengundi-pengundi kerana ianya haram.
Semasa penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak mengadakan khidmat kesihatan di Taman Intan Perdana semalam, penulis telah didatangi oleh penduduk di situ.
Mereka telah menceritakan bahawa beberapa hari lepas, beberapa jentera pilihanraya Pas telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk berkempen.
Selain daripada risalah-risalah, penduduk-penduduk di situ juga telah disogokkan dengan bahan makanan seperti keropok.
Bungkusan keropok itu telah dilekat rapi dengan jenama KEROPOK CAP BULAN bersama gambar-gambar pemimpin tertinggi Pas berserta logo dan UNDILAH Pas!
Penulis terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penduduk di situ.
Penulis ingin bertanya kepada ahli-ahli Pas, bukankah KEROPOK CAP BULAN itu merupakan satu sogokan dan rasuah untuk berkempen semasa pilihanraya?
Di manakah imej bersih dan suci yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin Pas pada hal parti mereka sebenarnya telah melakukan perkara yang haram seperti yang mereka sendiri katakan?
PAS dan Badi Terlangkup
Mereka mentafsir bukan dari maksud asal atau pun asbabunnuzul. Mereka mentafsir bukan dari awal tapi dari hujung.
Dari hujung bermaksud, mereka melihat tentang keperluan dan kepentingan perjuangan mereka terlebih dahulu dan kemudian baru disesuaikan kepentingan mereka ini dengan mana-mana ayat quran dan hadis yang dikira boleh menyokong apa yang mereka mahukan.
Atau, jika tidak dijumpai ayat atau hadis yang boleh disabitkan, maka mereka akan berkata tiada nas atau hadis yang melarang perbuatan mereka, maka itu dikira tidak bertentangan dengan quran dan hadis.
Asal tiada ayat atau hadis yang menegah maka itu juga tidak salah dari sudut pandangan agama.
Mereka cuba menyama tarafkan tafsiran al Quran dan hadis sebagaimana mereka mentafsir undang-undang buatan manusia.
Macam mana mereka mentafsir peraturan-peraturan tentang demokrasi, kebebasan bersuara, undang-undang SPR, SPRM, kanun jenayah atau kes berkaitan liwat, begitulah mereka mentafsir ayat-ayat tuhan dan hadis.
Ikut sedap hati dan selera semasa.
Abu Jahal dan lain-lain kaum kafir Mekah dulu membaca ayat quran bukan untuk mengembangkan agama tapi untuk mempersendakan ayat-ayat tuhan.
Umat Nabi Musa yang engkar juga membaca ayat-ayat tuhan untuk mempertikaikan ayat-ayat tuhan secara logik akal dan mahu setiap ayat yang diturunkan melalui Nabi Musa itu dibuktikan kebenarannya depan mata mereka.
Jadi maksud mereka mengguna dan membaca ayat quran ketika itu bukan untuk tujuan kebaikan, sebaliknya hanyalah untuk merendah-rendah dan memperlekehkan ayat tuhan.
Nabi Muhammad mahu pun Nabi Musa tidak pernah langsung mengharap para kafirin ini menyuruh membaca ayat-ayat tuhan supaya dengan harapan mereka akan tertarik dengan agama.
Baginda berdua ini pun tidak pernah juga melarang mereka dari membaca ayat-ayat tuhan.
Go-Bala Krishnan : Qolallahuutaala…
Mungkin juga tujuan Pas adalah untuk menghapuskan ‘fobia’ bukan Islam terhadap perjuangan menegak negara Islam yang selama ini menjadi penghalang kepada terbantutnya sokongan bukan Islam kepada Pas.
Kalau di Permatang Pasir yang ramai pengundi Cina, Pas gunakan YB Nga Nge untuk tolong bacakan ayat suci Al Quran.
Tapi di Bagan Pinang pengundi India lebih ramai dari pengundi Cina. Jadi Pas terpaksalah ajarkan ayat suci Al Quran pada Gobalakrishnan untuk dihafal, supaya ‘Go-bala’ ni boleh tolong bacakan ayat suci bagi pihak Pas kepada pengundi India.
Mungkin kalau ada Pilihan Raya Kecil di pendalaman Sarawak nanti, Pas akan cari pulak bukan Islam dari suku kaum Iban untuk tolong bacakan ayat Quran.
Semua ini bukan kerana Allah, bukan kerana agama dan bukan demi dakwah-illallah di mukabumi. Ia hanyalah sebuah perjuangan demi mendapatkan undi dan sokongan bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya, walaupun terpaksa menghalalkan cara.
Walaupun fitnah agama yang lebih besar akan datang disebabkan kesanggupan memperjudikan ayat suci Allah demi sebuah kuasa, bagi mereka itu tidak menjadi hal asalkan pengaruh, sokongan dan kemenangan dunia dapat dicapai.
Perjuangan Islam meleret-leret yang sedang dibawa oleh Pas lebih banyak mendatangkan keburukan dan fitnah daripada kebaikan.
Ibarat memetik anggur dengan ‘pengolan’ atau galah. Lebih banyak yang rosak dari yang elok.
- Laman Web Pemuda UMNO Malaysia -
Pemuda PAS Tunjuk ‘Terer’ Tapi Dimalukan Pemimpin Sendiri...!
Pemuda Pas kerap kali mencabar parti UMNO untuk mengharamkan arak tanpa memikirkan struktur kaum-kaum yang menjadi warganegara Malaysia dan mempunyai hak masing-masing.Dan jika penyokong UMNO cuba berhujah dan memperbetulkan kecetekan fikiran pemuda Pas itu, penyokong-penyokong UMNO akan terus dilabelkan sebagai tidak Islamik, memesongkan ajaran Islam dan kafir. Mereka begitu senang menjatuhkan hukuman 'kafir' atau 'tidak Islamik' seolah-olah mereka itu manusia yang paling suci di dalam dunia ini.Tetapi, bagaimana pula jika pemimpin Pas itu sendiri bersetuju bahawa penjualan arak boleh terus dilaksanakan kerana penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya?
Tuesday, October 06, 2009
Shamsidar , Isteri Azmin pernah juga dikitar semula oleh …..
Bagan Pinang - BN lawan PAS
Undi PAS Sokong Keganasan!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan dua penjuru itu setelah menolak dua bantahan yang dibuat oleh BN dan PAS. Dengan itu pemilihan akan diadakan pada 11 Oktober depan.Suasana pencalonan berjalan lancar namun tercemar apabila apabila satu kumpulan penyokong PAS didakwa cuba membuat provokasi terhadap para penyokong BN semasa perarakan dengan menayangkan helaian wang kertas ke arah muka Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sambil menayangkan wang kertas tersebut, mereka menjerti-jeritkan ‘rasuah, rasuah’.
Pengawal peribadi Ismail bertindak cepat menghalang kumpulan dan melindungi Ismail dariapda serangan tersebut. Bagaimanpun kumpulan berkenaan terus bertindak kasar dan menyebabkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim yang berada di belakang Ismail terkena tumbukan.
Thursday, October 01, 2009
Kami Tidak Boleh Lawan Kuasa Allah SWT Yang Memberikan Aura Kepada TS Isa
Isu rasuah tidak laku di Bagan Pinang . lagi banyak PAS mainkan Isu ini lagi popular TS Isa. Inilah keunikan TS Isa Samad. Beliau dikatakan antara ahli Politik yang paling popular dan mempunyai PR yang terhebat. TS Isa dikatakan pandai mengambil hati orang. Kalau tidak tak mungkin ada Mak Mak Puteri yang kagum dengan Isa. Ada satu kesah yang menarik yang mahu saya kongsi dengan pembaca mengenai perangai TS Isa ini. Ini mengenai PR dia dan ini lah yang dikatakan seorang ahli Politik , bukan macam si Tanggang yang sombong dengan rakyat.
TS Isa ini memang bijak. Jika ada kumpulan orang kampung yang datang melawat ke pejabat nya , ketika beliau menjadi MB NS dahulu, Beliau idak akan terus berjumpa dengan mereka. Beliau akan memanggil pegawainya masuk dahulu dan bertanya dan menyelidik mengenai latar belakang ketua rombongan, Bila beliau telah mengetahui latar belakang mengenai ketua rombongan dan apabila mereka semua masuk TS Isa akan menepuk bahu ketua rombongan sambil memanggil nama ketua rombongan , Ha Hassan ...... apa khabar , anak macam mana yang dekat Universiti itu . Ok ke pelajaran dia . Ini tahun akhir kan ...... Kak Bedah tak datang ke, Beliau akan tanya tentang isteri Ketua rombongan itu, Wal hal TS tidak pun pernah jumpa dan kenal dengan Hassan . Hassan bangga sekali. Orang kampung begitu yakin, Hassan kenal rapat dengan TS Isa lah bisik orang kampung.
Begitulah hebat nya TS Isa. Beliau juga di anugerah kan , petah bercakap dan dalam percakapan beliau sentiasa terselit jenaka yang membuat sesiapa yang mendengar nya tidak akan kering gusi dan tidak akan merasa bosan. Sewaktu beliau digantung, kerana sayang kan UMNO , TS Isa terus menjalankan kewajipan terhadap parti dengan gigih, Saya juga bertemu dengan TS Isa yang urun ke Pengerang hanya untuk menghadiri majlis hari jadi anak angkat kepada si Tanggang.
Cerita 2 - Sukar untuk menandingi ketabahan dan ketenangan calon BN Bagan Pinang
Pernah tak anda semua mendengar sok sek sok sek politik yang menyatakan bahawa Isa di kambing hitamkan dan mangsa keadaan , Jika pernah .... tidak perlu saya ulas kan , jika tidak tanyalah dan pinta lah saya mengulas nya, Itulah sebabnya orang kampung kami tetap mahukan Isa. Bagi kami Isan amat berjasa kepada Negeri Sembilan dan kampung kami, Jika ada perasaan takut mengenai isu rasuah, ini kami mahu jelaskan kepada pembaca, Orang kampung kami tidak takut , entah kenapa kami pun tak tahu tetapi kami yakin kepada TS Isa. Takut apa..... Itu politik lama, Politik 22 tahun yang lalu. Sekarang zaman moden , kami tidak takut sekiranya pemimpin kami dikatakan rasuah. Bukan kami suka rasuah , kami tidak suka rasuah , tapi kami yakin kepada TS Isa, Ini kuasa Allah SWT dan bukan kami seorang sahaja yang yakin , malahan ramai lagi yang yakin. Jangan salahkan kami. Ini kuasa Allah SWT yang menyakinkan kami kepada beliau. Bukan semua orang diberikan aura sebegini. Jika Mawi boleh jadi raja SMS kerana aura nya , Isa juga boleh jadi raja kepada semua calon kerana aura nya. Kini Presiden dan Timbalan juga yakin , kenapa kita tidak yakin pula. Kalau ada seorang dua yang tidak yakin , biarkanlah ...... ramai yang yakin. Jangan takut.Ramai juga yang jadi calon pada mulanya bersih dan bila jadi wakil rakyat kemudian menjadi menteri , lupa diri dan menkedarah duit rakyat .
Dugaan ketaban TS Isa adalah pada hari raya , bila dia di hentam oleh Tun, tak ada angin , ak ada salah , kena kaw kaw dengan Tun.tidak sepatah pun TS jawab. Hak pun tidak hek pun tidak. Semua orang diam saja macam blurr saja bila Tun hentam TS Isa. Macam sokong dan tidak. Bila umum TS jadi calon semua lompat keriangan. Penakut jugak kau yo jang.........
Kecil kecil cili api , walaupun digelar Doremon, jangan main dengan Doremon ini , Cute sangat kata kawan aku, Ini aura juga, Sebenarnya jasa TS Isa Samad sememangnya tidak boleh dilupakan oleh rakyat Negeri Sembilan . Kesabaran , ketenangan menempuh dugaan Allah SWT. No 1 class 1 devision 1 , tiada tolok banding nya . Hebat ketabahan beliau. Beliau lalui suka dan duka sendiri , ketika iu juga Allayarhamah Puan Seri pulang kerahmatullah , Isteri tersayang dan dalam dan tika TS Isa dalam kejatuhan. TS Isa sabar dan tabah, allahyarhamah adalah wanita di belakang kejayaan beliau, Allahyarhamah pulang ketika TS Isa menghadapi zaman kelam. Kecil kecil TS Isa itu ada juga yang tertarik , maklum lah TS sekarang bujang. Kalau sama padan apa salahnya.
Isa Pilihan PM - Tun Shhh!!!
Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".
Persoalannya :
1) Apakah Tun benar benar memerangi rasuah dan apakah UMNO benar benar bersih di zaman Tun, Bukan kah rasuah ini bermula dari zaman Tun dan bukan kah rasuah ini telah diamalkan 22 tahun yang lalu . Mengapa sekarang baru kita namakan sebagai rasuah ? Pernah kah UMNO sendiri memberikan guide line atau mendefinasikan apakah yang di panggil rasuah.
a) Belanja makan , setakat rm 12 seorang , apakah rasuah, Tambang bas setakat RM50 bagi pengikut , penginapan rm 12o dan wang saku rm300 untuk pengikut . apakah ini dinamakan rasuah. RM2500 sebulan untuk jentera . apakah ini juga dinamakan rasuah, Jika ini dinamakan sebagai rasuah, semua orang UMNO mengamalkan kaedah ini. Jangan tipulah jika mereka yang bertanding tidak keluar satu sen seperti Mukhriz. Ha ha .Memang Mukhriz tidak keluar kan satu sen pun, tapi tanya Tun Faizal atau Anaz .
b) Apakah Tun tidak keluar satu sen pun ketika menetang Tengku Razaleigh dahulu ?
c) Jika Isa yang telah digantung dan akur dan telah menjalankan hukuman dan masih setia dengan UMNO , kenapa Isa tidak boleh beranding ? Jika isa tidak boleh bertanding kenapa Isan tidak digantung seumur hidup dan pecat sahaja beliau dari UMNO. Ini undang undang manusia dan bukan undang undang tuhan . Jika penduduk di Bagan Pinang boleh menerima Isa , kenapa Isa tidak dibenarkan bertanding.
Sama juga seperti Khairy Jamaluddin . Apabila lembaga tatatertin membenarkan beliau bertanding , kenapa ada mulut mulut yang masih mahu memburukkan nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini dengan lontaran perkataan rasuah setiap kali menyebut nama Khairy. Khairy bersalah bukannya atas dasar dia yang memberi rasuah atas dasar orang yang bertugas dan tidak ketentuan orang berkenaan sahih atau tidak bertugas dengan Khairy secara sah Tun perlu akur dan hentikan memberikan keyataan yang akan merugikan parti .
Tun tak perlu fikir apa yang seluruh Malaysia fikir terhadao UMNO, Tun perlu fikir apa seluruh Malaysia sedang memikirkan mengenai Tun.
Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.
- EDITOR -
Isa Samad Calon BN Bagan Pinang
Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Kecelaruan Pakatan Rosak Selangor
September 30, 2009
Janganlah rakyat di Bagan Pinang tertipu dengan Pakatan Rakyat yang tidak boleh berpakat lagi. Semuanya penipu dan janji janji yang diabur semuanya janji janji kosong. Mereka tidak boleh bermimpi perkara yang sama walaupun tidur sebantal. Semuanya memikirkan kuasa dan hak peribadi masing masing. Tiada pakatan dalam pakatan rakyat, Kini merka sudah bercelaru.
“Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’,” katanya lagi.
PAS Selangor Kaji Kedudukan Dalam Pakatan Pembangkang
Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.
“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.
“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.
“Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menegaskan, Pas Selangor tetap dengan pendiriannya mendesak proses pendengaran ke atas pegawai tinggi kerajaan yang dijalankan Selcat dilakukan secara tertutup bagi menjaga integriti pegawai yang terlibat dan dapat mengelak daripada diaibkan.
Ini kerana kata beliau, Selcat dan kerajaan negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada ‘anugerah penyapu’ ciptaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.