Tuesday, October 06, 2009

Shamsidar , Isteri Azmin pernah juga dikitar semula oleh …..

Huh , mulut celupar Azmin Ali membayang kan betapa PKR tidak punya modal lain untuk menyerang calon BN , TS Isa Samad. Azmin melabelkan Isa sebagai calon kitar semula sedangkan calon PAS adalah calon yang rosak yang telah tiga kali kalah di NS dalam pilihanraya Calon ini sebenarnya adalah calon yang patut dijual di reject shop dan PAS seolah olah tidak ada calon lain yang layak untuk bertanding untuk menentang TS Isa Samad. Selain itu , Isa juga menafikan bahawa beliau adalah calon kitar semula kerana tidak bertanding hanya pada tahun 2004 dan jika di bandingkan dengan Anwar yang merengkok begitu lama tidak bertanding.
Sebenarnya Anwar lah calon kitar semula , calon yang tidak bertanding sekian lama. Azmin juga pernah kalah dalam pilihanraya 2004 di Gombak kemudian di kitar semula pada tahun 2009. Malahan ada juga yang berkata bahawa isteri Azmin juga pernah di kitar semula oleh Anwar Ibrahim dan pernah menjadi kontrevesi yang hebat dan kitaran semula yang dilakukan oleh Anwar terhadap isteri Azmin Shamsidar Taharin Tahrin ini di bongkart oleh adik beliau sendiri.
ISA SAYA BUKAN CALON KITAR SEMULA
Calon BN, Tan Sri Isa Samad menolak tanggapan pembangkang bahawa beliau adalah calon ‘kitar semula’ tetapi sebaliknya berkata, label itu lebih sesuai untuk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pada 2008, saya tidak bertanding dalam pilihanraya umum. Beliau (Anwar tidak bertanding lebih enam tahun, dia telah hancur,” kata Isa yang juga calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
Isa memberitahu pemberita demikian selepas proses penamaan calon di Pejabat Perbandaran Port Dickson pagi tadi.Pembangkang mensasarkan rekod Isa yang pernah digantung keahlian dalam Umno selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang dalam pemilihan parti pada 2004.Ekoran itu, pihak pembangkang mendakwa BN ‘mengkitar semula’ Isa yang berusia 59 tahun itu untuk bertanding di kubu kuat Umno itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mempertahankan pencalonan Isa dan menganggapnya sebagai calon paling sesuai untuk bertanding di Bagan Pinang
Dilaporkan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment