Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan dua penjuru itu setelah menolak dua bantahan yang dibuat oleh BN dan PAS. Dengan itu pemilihan akan diadakan pada 11 Oktober depan.Suasana pencalonan berjalan lancar namun tercemar apabila apabila satu kumpulan penyokong PAS didakwa cuba membuat provokasi terhadap para penyokong BN semasa perarakan dengan menayangkan helaian wang kertas ke arah muka Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sambil menayangkan wang kertas tersebut, mereka menjerti-jeritkan ‘rasuah, rasuah’.
Pengawal peribadi Ismail bertindak cepat menghalang kumpulan dan melindungi Ismail dariapda serangan tersebut. Bagaimanpun kumpulan berkenaan terus bertindak kasar dan menyebabkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim yang berada di belakang Ismail terkena tumbukan.
No comments:
Post a Comment