Sunday, October 11, 2009

Go-Bala Krishnan : Qolallahuutaala…

Pas gunakan orang bukan Islam untuk tolong bacakan ayat suci Al-Quran bagi mewakili orang Islam dengan tujuan supaya bukan Islam akan nampak Pas lebih ‘friendly’ dengan bukan Islam berbanding orang UMNO.

Mungkin juga tujuan Pas adalah untuk menghapuskan ‘fobia’ bukan Islam terhadap perjuangan menegak negara Islam yang selama ini menjadi penghalang kepada terbantutnya sokongan bukan Islam kepada Pas.
Kalau di Permatang Pasir yang ramai pengundi Cina, Pas gunakan YB Nga Nge untuk tolong bacakan ayat suci Al Quran.

Tapi di Bagan Pinang pengundi India lebih ramai dari pengundi Cina. Jadi Pas terpaksalah ajarkan ayat suci Al Quran pada Gobalakrishnan untuk dihafal, supaya ‘Go-bala’ ni boleh tolong bacakan ayat suci bagi pihak Pas kepada pengundi India.

Mungkin kalau ada Pilihan Raya Kecil di pendalaman Sarawak nanti, Pas akan cari pulak bukan Islam dari suku kaum Iban untuk tolong bacakan ayat Quran.

Semua ini bukan kerana Allah, bukan kerana agama dan bukan demi dakwah-illallah di mukabumi. Ia hanyalah sebuah perjuangan demi mendapatkan undi dan sokongan bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya, walaupun terpaksa menghalalkan cara.

Walaupun fitnah agama yang lebih besar akan datang disebabkan kesanggupan memperjudikan ayat suci Allah demi sebuah kuasa, bagi mereka itu tidak menjadi hal asalkan pengaruh, sokongan dan kemenangan dunia dapat dicapai.

Perjuangan Islam meleret-leret yang sedang dibawa oleh Pas lebih banyak mendatangkan keburukan dan fitnah daripada kebaikan.

Ibarat memetik anggur dengan ‘pengolan’ atau galah. Lebih banyak yang rosak dari yang elok.

- Laman Web Pemuda UMNO Malaysia -

No comments:

Post a Comment