Thursday, October 01, 2009

Isa Pilihan PM - Tun Shhh!!!

(Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.)Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

Persoalannya :

1) Apakah Tun benar benar memerangi rasuah dan apakah UMNO benar benar bersih di zaman Tun, Bukan kah rasuah ini bermula dari zaman Tun dan bukan kah rasuah ini telah diamalkan 22 tahun yang lalu . Mengapa sekarang baru kita namakan sebagai rasuah ? Pernah kah UMNO sendiri memberikan guide line atau mendefinasikan apakah yang di panggil rasuah.

a) Belanja makan , setakat rm 12 seorang , apakah rasuah, Tambang bas setakat RM50 bagi pengikut , penginapan rm 12o dan wang saku rm300 untuk pengikut . apakah ini dinamakan rasuah. RM2500 sebulan untuk jentera . apakah ini juga dinamakan rasuah, Jika ini dinamakan sebagai rasuah, semua orang UMNO mengamalkan kaedah ini. Jangan tipulah jika mereka yang bertanding tidak keluar satu sen seperti Mukhriz. Ha ha .Memang Mukhriz tidak keluar kan satu sen pun, tapi tanya Tun Faizal atau Anaz .

b) Apakah Tun tidak keluar satu sen pun ketika menetang Tengku Razaleigh dahulu ?

c) Jika Isa yang telah digantung dan akur dan telah menjalankan hukuman dan masih setia dengan UMNO , kenapa Isa tidak boleh beranding ? Jika isa tidak boleh bertanding kenapa Isan tidak digantung seumur hidup dan pecat sahaja beliau dari UMNO. Ini undang undang manusia dan bukan undang undang tuhan . Jika penduduk di Bagan Pinang boleh menerima Isa , kenapa Isa tidak dibenarkan bertanding.

Sama juga seperti Khairy Jamaluddin . Apabila lembaga tatatertin membenarkan beliau bertanding , kenapa ada mulut mulut yang masih mahu memburukkan nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini dengan lontaran perkataan rasuah setiap kali menyebut nama Khairy. Khairy bersalah bukannya atas dasar dia yang memberi rasuah atas dasar orang yang bertugas dan tidak ketentuan orang berkenaan sahih atau tidak bertugas dengan Khairy secara sah Tun perlu akur dan hentikan memberikan keyataan yang akan merugikan parti .

Tun tak perlu fikir apa yang seluruh Malaysia fikir terhadao UMNO, Tun perlu fikir apa seluruh Malaysia sedang memikirkan mengenai Tun.

Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.

- EDITOR -

No comments:

Post a Comment