Mereka mentafsir bukan dari maksud asal atau pun asbabunnuzul. Mereka mentafsir bukan dari awal tapi dari hujung.
Dari hujung bermaksud, mereka melihat tentang keperluan dan kepentingan perjuangan mereka terlebih dahulu dan kemudian baru disesuaikan kepentingan mereka ini dengan mana-mana ayat quran dan hadis yang dikira boleh menyokong apa yang mereka mahukan.
Atau, jika tidak dijumpai ayat atau hadis yang boleh disabitkan, maka mereka akan berkata tiada nas atau hadis yang melarang perbuatan mereka, maka itu dikira tidak bertentangan dengan quran dan hadis.
Asal tiada ayat atau hadis yang menegah maka itu juga tidak salah dari sudut pandangan agama.
Mereka cuba menyama tarafkan tafsiran al Quran dan hadis sebagaimana mereka mentafsir undang-undang buatan manusia.
Macam mana mereka mentafsir peraturan-peraturan tentang demokrasi, kebebasan bersuara, undang-undang SPR, SPRM, kanun jenayah atau kes berkaitan liwat, begitulah mereka mentafsir ayat-ayat tuhan dan hadis.
Ikut sedap hati dan selera semasa.
Abu Jahal dan lain-lain kaum kafir Mekah dulu membaca ayat quran bukan untuk mengembangkan agama tapi untuk mempersendakan ayat-ayat tuhan.
Umat Nabi Musa yang engkar juga membaca ayat-ayat tuhan untuk mempertikaikan ayat-ayat tuhan secara logik akal dan mahu setiap ayat yang diturunkan melalui Nabi Musa itu dibuktikan kebenarannya depan mata mereka.
Jadi maksud mereka mengguna dan membaca ayat quran ketika itu bukan untuk tujuan kebaikan, sebaliknya hanyalah untuk merendah-rendah dan memperlekehkan ayat tuhan.
Nabi Muhammad mahu pun Nabi Musa tidak pernah langsung mengharap para kafirin ini menyuruh membaca ayat-ayat tuhan supaya dengan harapan mereka akan tertarik dengan agama.
Baginda berdua ini pun tidak pernah juga melarang mereka dari membaca ayat-ayat tuhan.
No comments:
Post a Comment