Pas Menipu Lagi !!, Polis Sahkan Tiada Petugas Pas Kena Tetak Pedang Samurai
Port Dickson – Semakin jelas Pas menipu lagi dan dakwaan bahawa petugas mereka kononnya diserang jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan pedang samurai hanyalah rekaan semata-mata.
Ternyata tindakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat dakwaan ahli partinya dipukul hingga cedera parah oleh Pemuda BN umpama senjata makan tuan.
Ini terbongkar kerana gambar yang didakwa petugas Pas yang didawak ditetak dengan pedang samurai dengan kesan darah dan disiarkan di laman web rasmi parti itu bukanlah orang yang sama dengan orang yang membuat laporan polis mendakwa dipukul.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang meminta Salahuddin, serta penulis berita berkaitan isu itu memberi keterangan berhubungan dakwaan yang megelirukan tersebut.
"Pihak polis telah pun membuat siasatan awal dan setakat ini tiada siapa yang datang mengatakan beliau telah dipukul begitu teruk keadaannya.
"Polis ada menerima laporan dan membuka siasatan dan pihak polis sendiri telah menghantar mangsa ke hospital dan beliau telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Tak ada kesan darah pun. Hanya lebam-lebam saja. Orang itu juga orang lain, bukan yang dalam gambar itu. Nama yang disebut sama tetapi gambar memang berbeza. Kalau betul orang itu ada, datanglah buat laporan," katanya.
Pembohongan ini membuktikan betapa terdesaknya Pas untuk meraih simpati undi penduduk Bagan Pinang.
- Oleh Adnil Mohd -
No comments:
Post a Comment