Sunday, December 13, 2009

Nik Aziz Takut Syahid?


Ketika singgah dirumah biras di area Permatang Berangan di Seberang Perai, spy tergelak besar sewaktu asyik membaca paper HARAKAH yang menjadi rujukan wajib biras spy ni. Untuk pengetahuan semua, biras spy ni adalah totok hijau pekat wal likat PAS.
.
Satu kenyataan yang membuatkan spy tergelak besar ialah kenyataan dari wali selipar Nik Aziz yang mengatakan bahawa dia takut kena tembak jika pergi ke selatan Thailand.
.
Aiiik..., wali selipar aka peneraju kerajaan langit PAS pun takut syahid jugak ke ? Bukankah Nik Aziz sudah dilengkapi dengan peralatan-peralatan "berkat" berteknologi nano yang menjadi pujaan seantero jemaah penganut PAS?
.
Agak menghairankan juga Nik Aziz yang sebelum ni bersungguh nak mendoakan kebinasaan DS Najib hanya kerana duit royalti minyak, bertukar memuji pulak keberanian dan juga kehebatan DS Najib.
.
Perdana Menteri adalah seorang pejuang yang hebat serta pemimpin yang berani, kata Nik Aziz dalam HARAKAH tu.
.
Wahhh. Mau meroyan habis puak-puak jemaah dungu PAS bila terbaca pujian Tok Guru kepada DS Najib ni. Mesti terkedu Bung Nuar bila Najib di puji sedangkan dia langsung tak dapat pengiktirafan dihati wali selipar Nik Aziz tu.
.
Spy terfikir pulak, jika doa Nik Aziz untuk bagi pecah perut pemimpin-pemimpin Umno dimakbulkan Allah pada hari tu, siapakah pulak pemimpin melayu/Islam Malaysia yang akan membantu masyarakat Islam di selatan Thai ?
.
Nak harapkan ulamak-ulamak politik PAS, awal-awal lagi Nik Aziz dah declare takut mati syahid pasal kena tembak. Nak harapkan Mahpus, dia dok sibuk hentam Ariffahmi di PMBK. Manalah tau kaann....,kot-kot ada rezeki mahpus kat situ.
.
Husam pulak sibuk dok mencongak duit royalti Kelantan yang dia sibuk perjuangkan. Ada can lah buat projek kambing lagi lepas ni. Dulu kambing jamnapari tak jalan, mungkin lepas ni dia nak tumpukan bela kambing kacang pulak.
.
Nampak gayanya, takdak langsung pemimpin dalam PAS yang boleh diharapkan untuk membantu masyarakat Islam. Dalam negara pun banyak rakyat dibawah kawasan PAS terabai kehidupannya, apatah lagi nak bantu umat Islam di negara jiran.
.
Di Kelantan sendiri pun ramai jemaah PAS terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki. Tapi, lepas ni mungkin rakyat negeri Kelantan yang berkerja di luar akan pulang semula ke Kelantan berikutan negeri itu semakin membangun mengikut KPI terbaru Nik Aziz.
.
Banyak kerja kosong yang ditawarkan di pusat-pusat membeli belah seperti TESCO dan juga Giant di Kota Baru. Hujan emas di negeri orang, lebih baik pakat-pakat tadah hujan batu di negeri sendiri kannnn.
.
Dalam pada itu, ada pulak berita yang mengatakan Hero billboard di Kedah yang ber ura-ura nak bagi bantuan kepada rakyat Palestin....,Dahsyatttt. Tak dapat lah nak pertikaikan niat suci murni MB Azizan ni sebab mungkin dia nak membayar zakat harta untuk balak-balak negeri Kedah yang dah nak licin dibotakkannya.
.
Tapi spy teringatkan hadis rasulullah SAW yang menyuruh kita mengutamakan jiran yang terdekat terlebih dahulu didalam menghulurkan bantuan. Teringin jugak nak tanya kat MB Azizan ni, bantuan kepada mangsa banjir Kedah hari tu dah selesai ke ?
.
Masa banjir tak nampak pun lebai-lebai politik PAS Kedah turun jengok mangsa. Harap-harap, bila banjir dah surut nii..., bantuan janganlah buat-buat lupa pulak nooo.., bukannya nak kena redah banjir dah pun bila pi bagi bantuan.
.
Lagi satu, spy rasa adalah lebih afdal jika bagi saja bantuan yang nak dihantar ke palestin tu kepada masyarakat Islam di selatan Thai nun Mb Azizan oiii. Jiran sebelah rumah dok susah tu..., takkanlah kita nak sibuk pulun bagi bantuan kepada janda di hujung kampung nunn. Nak cari glamer pun agak-agaklahhh. MB Azizan dah pun glamer siot bila disetiap simpang negeri Kedah ada muka MB PAS nih.
.
Dalam sibuk-sibuk pemimpin-pemimpin melayu/Islam di Malaysia bagi bantuan merata-rata, kemana pulak hilang Bung Nuar ? Bukankah dia dilabel sebagai pejuang kemanusiaan oleh YAHUDI di barat?
.
Ohhh..., mungkin Bung Nuar sibuk mengira "resit-resit" derma DNA nya yang disalurkan ke "stor-stor kunyit" untuk dibawa ke mahkamah. Kira pejuang jugak lah Bung Nuar ni yee..., Pejuang DNA lah katakannn.
.
Apa-apapun, spy amat kagum dengan usaha gigih DS Najib didalam membantu masyarakat Islam negara jiran dan juga di rantau asia tenggara. Disamping itu juga DS Najib bertungkus lumus menyatupadukan rakyat Malaysia dan berikhtiar untuk kembali memakmurkan negara.
.
TS Muhyidin pun sedang sibuk di negara Nippon untuk menjana ekonomi negara. Dr Zambry MB Perak pun ada di California untuk menarik pelabur baru ke negeri Perak.
.
Malangnya, cuma pemimpin-pemimpin PR saja yang dok sibuk berbalah macam mana nak rembat hasil kekayaan didalam negeri. Mungkin stok harta tak cukup lagi kot noo.
.
Jika beginilah peelnya pembesar-pembesar PR, habis terjual negara rasanya jika puak-puak ini dibenarkan untuk memerintah negara pada masa akan datang.
.
Mintak simpanglah malaikat 44 puak-puak ni jadi pemerintah.
.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Justice, KPI and The Malaysian Bar Council

Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan pentadbiran mereka di semua peringkat supaya semua rakyat dapat menikmati dan merasakan apa yang mereka perlukan dan tunggukan dengan cepat, saksama, sama rata dan adil.
.
Untuk mencapai hasrat di atas PM dan Kabinet telah bersetuju mengadakan KPI bagai semua Kementerian, Jabatan dan Agensi termasuklah Jabatan Kehakiman - mengadali dan menghakami kes-kes jenayah dan civil. Dan perkara ini telah pun dibahas dan dibincangkan di Parlimen baru-baru ini.
.
Saya berpendapat apa yang diusahakan oleh Hakim Negara supaya semua kes diadali dengan secepat mungkin adalah satu usaha yang murni - in the interest of justice and the public and the rakyat.
.
Kerap kali kita mendengar dan membaca lapuran-lapuran dimana mangsa (victims) dalam kes-kes jenayah/civil, trafik dll tidak dapat diselesaikan di Mahkamah dengan segera kerana kes-kes tersebut ditangguhkan oleh kerana beberapa sebab dan antaranya ialah peguam meminta penanguhan demi penanguhan.
.
Keadilan (justice) bukan hanya untuk orang yang di TUDUH tetapi pada saya KEADILAN (justice) ialah untuk mangsa - mangsa yang kena curi, kena samun, kena rogol, kena tipu, kena liwat dll. Mangsa dan ahli keluarga, saudara-mara juga menunggu KEADILAN (JUSTICE).
.
Polis, MACC dll pegawai penguatkuasa, pendakwa raya dll yang terlibat dalam menyiasat kes, mendakwa dan menjalankan perbicaraan juga perlukan KEADILAN (JUSTICE) - keadilan dalam menhgabiskan masa dan waktu kerja serta wang ringgit untuk perbicaraan kes-kes tersebut.
.
Keadilan (justice) juga perlu dilihat tentang wang pembayar cukai yang digunakan untuk membayar gaji dan elaun saksi-saksi yang perlu datang untuk menghadzirkan diri di Mahkamah setiap kali saksi di subponea untuk hadzir Mahkamah dan pempaziran masa, tenaga dan wang ringgit setiap kali kes ditangguhkan.
.
Pada saya "Malaysian Bar opposes judges obsession for speedy case disposal" tidak memandang berat dan tidak memehak kepada kehendak dan hasrat majoriti rakyat dan Kerajaan.
.
Adakah Presiden Majlis Peguam Malaysia memehak kepada pehak parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) dan kepada keadilan bagi mereka yang dituduh sahaja dan tidak kepada mangasa penjenayah, kes trafik seperti fatal accdents(kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian) dan keluarga mereka yang juga mahukan KEADILAN (justice) - yang salah dibicarakan, diadali dan dihukum segera dan mangsa dibayar pampasan dan gantirugi?
---------------------------
NST - 13-12-2009
Malaysian Bar opposes judges obsession for speedy case disposal

2009/12/12
.
KUALA LUMPUR, Sat: The Malaysian Bar today opposed the over emphasis on measuring the numerical cases rate disposal through the use of Key Performance Indicators (KPIs) which it said was a recent trend in the judiciary.
.
Its president K.Ragunath said fairness and overall quality of justice had been sacrified due to the obssesion for speedy disposal of cases and reliance on KPIs.
.
"The Malaysian Bar calls upon the Chief Justice to immediately review the implementation of the present initiative, and to work with the Bar so as to emphasise quality and integrity over quantity in the administration of justice and to ensure that justice is in no instance sacrificed in any obsession for speed or expediency," he told a news conference after chairing an extraordinary general meeting (EGM) of the Malaysian Bar here today.
.
Two motions were passed at the EGM; one on the issue of the KPIs proposed by Ragunath and Tommy Thomas, and the second on parking lots at every court complex, by Jason Kay.
.
The motion on the KPIs was moved after the Bar received complaints from its members on the recent trend which they described as "no matter what, cases in court must go on and no postponement would be allowed." - Bernama

Di Mana Suara PAS Tatkala Rumah Allah Diancam?


Ahli Parlimen Taiping dan juga setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertindak kurang ajar dengan mengeluarkan kenyataan mempertikai pembinaan masjid dan juga mendesak kerajaan memberi lebih peruntukan untuk pembinaan tempat kegiatan agama lain selain Islam.

Tindakan Nga Kor Ming yang mempersoalkan institusi masjid dilihat sebagai usaha mewujudkan pertelingkahan agama dan juga boleh menyalakan api kemarahan dikalangan masyarakat Islam di negara ini.

Negara ini mepunyai majoriti rakyat yang beragama Islam dan juga Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Jadi, dimanakah salahnya jika masjid sebagai tempat ibadat bagi orang Islam mempunyai bilangan yang lebih berbanding tempat ibadat bagi bukan Islam ?

Apakah sebenarnya niat Nga Kor Ming apabila membangkitkan persoalan tentang bilangan masjid di negara ini ? Adakah dia sengaja untuk menimbulkan kemarahan rakyat bukan islam terhadap kerajaan dengan memainkan sentimen agama? Atau pun ada agenda lain disebalik kenyataannya yang dibuat di luar Parlimen itu.

Isu apa yang sebenarnya Nga Kor Ming tak puas hati? Tak cukup kah lagi bilangan tempat beribadat masyarakat bukan Islam di negara ini bagi 30% majoriti bukan Islam yang ada?

Kenyataan Nga Kor Ming ini mendapat reaksi segera daripada beberapa pihak termasuklah Mufti Perak, Ketua Pengarah JAKIM, Presiden PESAKA dan juga beberapa NGO pro kerajaan yang lainnya.

Namun yang paling dinanti ialah kenyataan dari pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang selama ini mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam dan penjaga kepada kesucian Islam di negara ini.

Malangnya, hanya Timbalan Presiden Pas iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa sahaja yang mengeluarkan kenyataan sopan santun diiringi irama lemah gemalai menegur kenyataan biadap Nga Kor Ming.

Sementara pemimpin2 Pas yang lain memilih untuk selesa dengan bersikap berdiam diri, pakar demonstrasi Pas iaitu Hatta Ramli dan juga jaguh gereja Khalid Samad muncul sebagai pembela kepada kenyataan kurang ajar serta menghina Islam Nga yang terkenal dengan surah auranya.

Ini diikuti pula dengan Johari Abdul sebagai wakil tunggal dari PKR yang juga tumpang semangkuk didalam usaha membela perbuatan menghina Islam oleh puak2 Kafir Harbi DAP.

Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kuala Krai dengan segera menyalahkan media yang disifatkan sebagai melampau didalam melaporkan isu. Media juga dituduh sengaja memaparkan kenyataan-kenyataan yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Islam terhadap DAP.

Sebelum ini bukankah Hatta Ramli yang galak menyeru kepada kebebasan bersuara dan juga ketelusan media? Apakah berita yang memburukkan kerajaan serta menghentam kerajaan sahaja yang dianggap bagus dan telus?

Dan sedangkan jika berita yang dipaparkan mendedahkan salahlaku pemimpin-pemimpin dipihak Pakatan Rakyat, ia terus dikatakan melampau dan juga bertujuan jahat.

Dimanakah pendirian Hatta Ramli berkenaan mempertahankan kesucian Islam? Nampaknya Hatta Ramli lupa kepada tanggungjawabnya untuk mempertahankan institusi masjid daripada tohmahan yang bertujuan untuk mencemarkan maruah Islam apabila sanggup menyokong seorang kafir harbi mempertikaikan pembinaan masjid.

Ahli Parlimen Shah Alam yang merupakan jaguh memperjuangkan penggunaan nama Allah kepada bukan Islam iaitu Khalid Samad pula secara tanpa segan silu menyalahkan Umno dan juga Barisan Nasional diatas kenyataan Nga Kor Ming.

Khalid Samad juga tanpa ada perasaan malu dengan mempertahankan DAP yang konon baginya bukan anti melayu dan anti Islam. Sebaliknya Umno pula yang dituduh oleh Khalid Samad, cuba untuk mewujudkan perasaan benci dan marah masyarakat melayu/Islam kepada parti kesayangannya iaitu DAP.

Sikap Khalid Samad ini taklah menghairankan kerana selama ini pun banyak kenyataan yang dikeluarkannya mengelirukan majlis agama Islam dan juga pihak atasan Pas sendiri. Tetapi apa yang amat menghampakan ialah betapa lemah pendirian Khalid untuk mempertahankan institusi masjid apabila bersangkutan dengan karenah DAP oleh Yang dipertua Pas Shah Alam itu.

Manakala wakil daripada parti sosialis PKR iaitu ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula menyokong dan menyarankan kerajaan menumpukan perhatian terhadap pembinaan rumah ibadat bangsa bukan Islam seperti saranan Nga Kor MIng.

Johari Abdul juga menyuarakan pandangan agar kerajaan memfokuskan terhadap kemudahan tempat untuk rakyat bukan Islam dinegara ini beribadat. Dengan lebih banyak pembinaan tempat beribadat bagi bukan Islam, akan lebih kuranglah gejala sosial yang berlaku dikalangan anak muda mereka katanya.

Semua kenyataan-kenyataan dari pemimpin melayu/Islam didalam Pakatan Rakyat dilihat tidak langsung mempertahankan hak untuk pembinaaan masjid dinegara ini. Tiada juga nada yang dikeluarkan untuk menasihati atau menegur perangai biadap Nga Kor Ming kecuali sedikit nasihat dari Nasharudin Mat Isa.

Jika dihimpunkan semua kenyataan pemimpin-pemimpin melayu/Islam PR, ianya tidak langsung dapat menandingi ucapan Datuk Ibrahim Ali yang begitu lantang mempertahankan maruah Islam dan juga institusi masjid.

Apakah pemimpin-pemimpin Pas tak tahu malu apabila mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka tak mampu mempertahankan maruah rumah Allah itu sendiri?

Bukankah masjid itu adalah rumah Allah? Mengapa Pas sanggup membela kafir didalam soal pembinaan rumah Allah yang menjadi pusat ibadat bagi seluruh umat Islam?

Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Pas hanya sekadar menjadi "barua" kepada kafir DAP dan juga lebih mengutamakan perselingkuhan mereka dengan bangsa kafir harbi ini daripada menjaga amanah untuk mempertahankan Islam.

Pas bukan ingin memperjuangkan Islam dan mempertahankan kesucian Islam !

Pas hanya sekadar mempergunakan Islam sebagai alat untuk berpolitik semata-mata.

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah Lagi maha Mengasihani
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir,"
"Aku tidak sembah apa yang kamu sembah,"
"Dan kamu bukannya penyembah-penyembah tuhan yang aku sembah,"
"Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah,"
"Dan kamu juga bukanlah penyembah-penyembah tuhan yang aku sembah,"
"Untuk kamu agamamu dan untukku agama ku".
(Surah Al Kafirun)

.

Disediakan oleh : EDITOR

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Meraikan Bakal-Bakal Haji Kg. Pancor

Satu Majlis meraikan bakal-bakal Haji telah diadakan pada 21 Oktober 2009 bertempat di Bilik Gerakan Daya Wawasan, Kg. Pancor pada jam 8.30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj Shamsudin, Imam Masjid Paroi.
Majlis kemudian diteruskan dengan Ceramah Haji oleh Tuan Hj Mohd Taba. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mustafa Salim. Setelah selesai ucapan perasmian kesemua hadirin serta bakal haji yang diraikan dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
Di antara orang ramai yang sabar menanti ketibaan VVIP
Masih lagi sabar menunggu
Ruang belakang yang masih kosong kerana menanti ketibaan VVIP di luar Dewan
Tuan Hj Hasan Sulan (Ketua UMNO Cawangan) bersama En Manaf Ujang (Timb Ketua UMNO Cawangan) di luar Bilik GDW ketika menanti YB ADUN Lenggeng
Suasana di bahagian persiapan makanan
Di antara tetamu yang menanti di bawah khemah
Di antara orang ramai yang telah memenuhi ruang bilik GDW
Ada juga masyarakat yang terdiri dari kaum Tionghua yang turut hadir meraikan bakal Haji
Dari kiri; Tuan Haji Safiei (Pengerusi JKKK), Tuan Hj Hasan Sulan (Ketua UMNO Cawangan), YB Tuan Mustafa Salim (ADUN Lenggeng) dan Tuan Hj Mohd Taba, duduk di pentas utama VVIP
Tuan Hj Shamsudin (Imam Masjid Paroi) memimpin bacaan doa
VVIP mengaminkan bacaan doa
YB Tuan Mustafa Salim, membuat catitan.. mungkin sedang merangka ucapan yang bakal disampaikan
Ruang Hidangan untuk VVIP dan bakal Haji yang telah siap tersedia
Tuan Hj Mohd Taba menyampaikan Ceramah Haji kepada semua hadirin
YB Mustafa Salim mengambil giliran untuk menyampaikan ucapan perasmian
Dengan ini kami dari Jawatankuasa Penerangan UMNO Pancor mengucapkan Selamat mengerjakan Ibadat Haji dan semoga beroleh manfaat serta Haji yang mabrur, mudah-mudahan.. insya Allah.
*************************************************
Disediakan oleh : EDITOR

Monday, October 12, 2009

Pemuda Mahu Bagan Pinang Dijadikan Momentum Permulaan Kemenangan BN

Kuala Lumpur - Pemuda UMNO menyifatkan sokongan ketara terhadap Barisan Nasional (BN) di semua saluran khususnya di saluran muda pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebagai satu petanda baik yang mesti terus dipertahankan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya cukup berpuas hati namun mengingatkan semua jentera bahawa tidak menganggapnya sebagai satu sokongan muktamad rakyat.

"Ini petanda baik kepada kita. Namun saya nak ingatkan kepada jentera BN agar jangan kita mendabik dada sebab ini baru permulaan kepada kemenangan kita.

"Jangan kita angkuh dan merasakan ini keputusan muktamad bahawa rakyat telah kembali kepada BN. Saya harap kita dapat tingkatkan lagi usaha. Dan saya harap ini bukan penyelesaian kepada segala usaha kelemahan yang dihadapi oleh BN", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kemenangan besar BN di Bagan Pinang apabila calonnya Tan Sri Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada pilihanraya umum lalu.

Sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera yang terlibat beliau menyifatkan kemenangan besar BN itu hasil daripada beberapa faktor.

"Kita lihat kemenangan ini datang daripada beberapa faktor, pertama calon yang diterima oleh penduduk tempatan dan kempen serta jentera yang kemas.

"Kali ini saya tidak nampak masalah yang besar sepertimana yang berlaku sebelum ini. Kemenangan ini juga membuktikan penerimaan rakyat terhadap dasar dan kepimpinan BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak", ujarnya.

Sementara itu mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2009 pula beliau berharap perwakilan dapat memberi tumpuan penuh kepada proses trasformasi parti melalui pindaan perlembagaan.

Pindaaan ini tegasnya bakal memberi suntikan semangat kepada parti dan mengiktiraf orang muda dalam parti UMNO melalui beberapa pindaaan yang akan dibuat nanti.

"Untuk Pemuda UMNO, saya nak ingatkan jangan kita sia-siakan pengiktirafan menerusi pindaan ini.


"Saya percaya pucuk pimpinan telah memberikan pengiktirafan tersebut dan tanggungjawab kita adalah untuk membuktikan bahawa dengan pengiktirafan tersebut kita dapat tunaikan segala amanah yang diberikan kepada kita. Tidak ada alasan lagi selepas ini....tidak beri hak dan sebagainya", kata beliau.

Pindaan ini jelas beliau lagi telah memberikan hak yang cukup besar kepada Pemuda dan berharap manfaat dari pindaan ini digunakan untuk meningkatkan prestasi pergerakan itu.

- Oleh Kazman Kamal -

Provokasi Melampau Pas Di Bagan Pinang Makan Tuan




Port Dickson - Taktik serangan peribadi dan provokasi melampau Pas pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akhirnya makan tuan apabila calon Pas, Zulkifley Mohamad Omar tewas dengan majoriti besar.



Malah tindakan terakhir Pas memanggil penyokong import mereka dengan melancarkan jihad pada dua hari terakhir berkempen jelas tidak berupaya membantu Pas menagih undi.

Sebaliknya kehadiran ramai penyokong import Pas melemaskan penduduk tempatan hingga menimbulkan pelbagai ketegangan.

Akhirnya pengundi Bagan Pinang mengajar Pas apabila keputusan diumumkan memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan pertambahan majority undi sekali ganda.

Pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang BN mengekalkan kemenangan dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

- Oleh EDITOR -


Pas Menipu Lagi !!, Polis Sahkan Tiada Petugas Pas Kena Tetak Pedang Samurai

Pas Menipu Lagi !!, Polis Sahkan Tiada Petugas Pas Kena Tetak Pedang Samurai
Port Dickson – Semakin jelas Pas menipu lagi dan dakwaan bahawa petugas mereka kononnya diserang jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan pedang samurai hanyalah rekaan semata-mata.

Ternyata tindakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat dakwaan ahli partinya dipukul hingga cedera parah oleh Pemuda BN umpama senjata makan tuan.
Ini terbongkar kerana gambar yang didakwa petugas Pas yang didawak ditetak dengan pedang samurai dengan kesan darah dan disiarkan di laman web rasmi parti itu bukanlah orang yang sama dengan orang yang membuat laporan polis mendakwa dipukul.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang meminta Salahuddin, serta penulis berita berkaitan isu itu memberi keterangan berhubungan dakwaan yang megelirukan tersebut.
"Pihak polis telah pun membuat siasatan awal dan setakat ini tiada siapa yang datang mengatakan beliau telah dipukul begitu teruk keadaannya.
"Polis ada menerima laporan dan membuka siasatan dan pihak polis sendiri telah menghantar mangsa ke hospital dan beliau telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Tak ada kesan darah pun. Hanya lebam-lebam saja. Orang itu juga orang lain, bukan yang dalam gambar itu. Nama yang disebut sama tetapi gambar memang berbeza. Kalau betul orang itu ada, datanglah buat laporan," katanya.
Pembohongan ini membuktikan betapa terdesaknya Pas untuk meraih simpati undi penduduk Bagan Pinang.
- Oleh Adnil Mohd -

Alahai Anwar!! Tak Pernah Berubah

Anwar Ibrahim masih belum berubah. Apabila beliau dituduh dalam kes liwat dan mengurat isteri orang pada 1998, beliau berkata "alah macam depa tu malaikat. Saya tahu sapa yang kaki perempuan, kaki botol dan kaki judi."

Beliau kemudian menyuruh Marina Yussof membuat kenyataan kononnya Dr. Mahathir pernah ada hubungan sulit dengan seorang wanita Cina pada sekitar awal 80-an.

Tujuannya apa? Untuk mengalih tumpuan daripada dirinya kepada orang lain.
Hari ini berulang lagi. Apabila beliau dituduh mengambil komisyen berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau mencabar penyiasatan yang sama dilakukan ke atasa beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy dan Tun Abdullah.
Hakikatnya jika beliau ‘gentleman’ beliau akan berkata, "Siasatlah saya. Jika mahu tuduh saya pun sila bawa ke mahkamah. saya bersedia mempertahankan diri."
Malangnya ayat tersebut tidak keluar dari mulut Anwar.
Anwar tidak perlu pergi jauh. Apa kata untuk membersihkan dirinya pertama sekali Anwar ke mahkamah berhadapan dengan tuduhan liwat yang dibuat oleh bekas pembantu khasnya.
Jika berani kerana benar, jangan pula mencari alasan untuk terus menangguh perbicaraan.
- Oleh Adam Jalil - Laman Web Pemuda UMNO Malaysia -

Sunday, October 11, 2009

Keropok Cap Bulan Untuk Satu Undi!!

Kita acap kali mendengar pemimpin-pemimpin pembangkang yang menuduh parti Barisan Nasional memberikan rasuah dan pelbagai jenis barangan kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka menjual topik ini di mana-mana sahaja ceramah mereka.

Mereka mengutuk, mengeluarkan firman Allah swt untuk memperkuatkan lagi hujah mereka seperti yang dilakukan oleh 'ustaz' Go-bala Krishnan, pemimpin PKR.

Mereka menonjolkan diri mereka seperti suci dan bersih dari rasuah dan sogokan. Mereka mahu pendengar-pendengar tahu bahawa mereka amat benci kepada taktik rasuah dan sogokan kepada pengundi-pengundi kerana ianya haram.

Semasa penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak mengadakan khidmat kesihatan di Taman Intan Perdana semalam, penulis telah didatangi oleh penduduk di situ.

Mereka telah menceritakan bahawa beberapa hari lepas, beberapa jentera pilihanraya Pas telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk berkempen.

Selain daripada risalah-risalah, penduduk-penduduk di situ juga telah disogokkan dengan bahan makanan seperti keropok.

Bungkusan keropok itu telah dilekat rapi dengan jenama KEROPOK CAP BULAN bersama gambar-gambar pemimpin tertinggi Pas berserta logo dan UNDILAH Pas!

Penulis terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penduduk di situ.

Penulis ingin bertanya kepada ahli-ahli Pas, bukankah KEROPOK CAP BULAN itu merupakan satu sogokan dan rasuah untuk berkempen semasa pilihanraya?

Di manakah imej bersih dan suci yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin Pas pada hal parti mereka sebenarnya telah melakukan perkara yang haram seperti yang mereka sendiri katakan?
Penulis berasa amat malu dengan pendedahan KEROPOK CAP BULAN tajaan parti Pas ini.
Kepada pembaca-pembaca sekalian, penulis percaya kita semua terkejut dengan pendedahan ini tetapi inilah realitinya! Parti Pas telah berbohong dan menipu!

Selama ini mereka begitu garang menuduh parti BN memberi rasuah dan sogokan tetapi parti Pas yang sebenarnya telah melakukannya!

Penulis pasti ada komentar yang mengatakan bahawa 'parti BN boleh buat jadi parti Pas pun boleh buat juga'. Tetapi itu bukan isunya.
Hakikatnya, jika parti Pas yang selama ini benci dan mengharamkan sebarang bentuk rasuah seperti sogokan keropok CAP BULAN, parti tersebut tidak boleh sekali-kali mempraktikkan apa yang mereka benci dan haramkan.
Tetapi, mereka lakukan juga. Itu penipu namanya!
Penulis juga diberitahu bahawa jentera pilihanraya Pas telah menyogok pekerja-pekerja estet bangsa India di Bagan Pinang dengan sari dan beras!
Persoalannya, kenapakah berlaku ketidaksamarataan dan pilih kasih di antara orang Melayu dan orang India?
Kenapakah orang Melayu di Bagan Pinang hanya diberikan keropok 'CAP BULAN' dan barangan lain yang berharga kurang daripada RM10 tetapi orang India di Bagan Pinang diberi sari dan kampit beras yang pastinya lebih mahal daripada harga barangan yang diberikan kepada orang Melayu?
Sudahlah parti Pas berbohong kononnya parti mereka itu suci dan bersih, harga sogokan mereka itu pun tidak mengutamakan orang Islam dahulu!
Shame on you Parti Pas!
- Laman Web Pemuda UMNO Malaysia -

PAS dan Badi Terlangkup

Penulis masih tak boleh tahan melihat para pemimpin Pas dan penyokongnya mentafsir sewenang-wenangnya tentang Islam, Quran atau pun hadis suci.

Mereka mentafsir bukan dari maksud asal atau pun asbabunnuzul. Mereka mentafsir bukan dari awal tapi dari hujung.

Dari hujung bermaksud, mereka melihat tentang keperluan dan kepentingan perjuangan mereka terlebih dahulu dan kemudian baru disesuaikan kepentingan mereka ini dengan mana-mana ayat quran dan hadis yang dikira boleh menyokong apa yang mereka mahukan.

Atau, jika tidak dijumpai ayat atau hadis yang boleh disabitkan, maka mereka akan berkata tiada nas atau hadis yang melarang perbuatan mereka, maka itu dikira tidak bertentangan dengan quran dan hadis.

Asal tiada ayat atau hadis yang menegah maka itu juga tidak salah dari sudut pandangan agama.
Mereka cuba menyama tarafkan tafsiran al Quran dan hadis sebagaimana mereka mentafsir undang-undang buatan manusia.

Macam mana mereka mentafsir peraturan-peraturan tentang demokrasi, kebebasan bersuara, undang-undang SPR, SPRM, kanun jenayah atau kes berkaitan liwat, begitulah mereka mentafsir ayat-ayat tuhan dan hadis.
Ikut sedap hati dan selera semasa.

Abu Jahal dan lain-lain kaum kafir Mekah dulu membaca ayat quran bukan untuk mengembangkan agama tapi untuk mempersendakan ayat-ayat tuhan.

Umat Nabi Musa yang engkar juga membaca ayat-ayat tuhan untuk mempertikaikan ayat-ayat tuhan secara logik akal dan mahu setiap ayat yang diturunkan melalui Nabi Musa itu dibuktikan kebenarannya depan mata mereka.
Jadi maksud mereka mengguna dan membaca ayat quran ketika itu bukan untuk tujuan kebaikan, sebaliknya hanyalah untuk merendah-rendah dan memperlekehkan ayat tuhan.

Nabi Muhammad mahu pun Nabi Musa tidak pernah langsung mengharap para kafirin ini menyuruh membaca ayat-ayat tuhan supaya dengan harapan mereka akan tertarik dengan agama.

Baginda berdua ini pun tidak pernah juga melarang mereka dari membaca ayat-ayat tuhan.
Pendek kata tiada suruhan mahu pun larangan khusus dalam kes membaca ayat tuhan.
Apa yang baginda fikir adalah bagaimana mereka boleh beriman dengan ayat-ayat tuhan ini. Bukan mempergunakan ayat-ayat ini untuk tujuan mendapatkan sokongan atau pengarah kekuasaan. PAHAM?
Ibarat mencurah air paip ke baldi yang tertangkup. Banyak mana pun air dicurahkan baldi takkan penuh.
Pepatah ini adalah ditujukan kepada mereka-mereka yang mempunyai pemikiran menolak terhadap apa juga kebenaran yang cuba diperjelaskan.
- Oleh - Kamarulzaman Kamdiaz -