Sunday, December 13, 2009

Di Mana Suara PAS Tatkala Rumah Allah Diancam?


Ahli Parlimen Taiping dan juga setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertindak kurang ajar dengan mengeluarkan kenyataan mempertikai pembinaan masjid dan juga mendesak kerajaan memberi lebih peruntukan untuk pembinaan tempat kegiatan agama lain selain Islam.

Tindakan Nga Kor Ming yang mempersoalkan institusi masjid dilihat sebagai usaha mewujudkan pertelingkahan agama dan juga boleh menyalakan api kemarahan dikalangan masyarakat Islam di negara ini.

Negara ini mepunyai majoriti rakyat yang beragama Islam dan juga Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Jadi, dimanakah salahnya jika masjid sebagai tempat ibadat bagi orang Islam mempunyai bilangan yang lebih berbanding tempat ibadat bagi bukan Islam ?

Apakah sebenarnya niat Nga Kor Ming apabila membangkitkan persoalan tentang bilangan masjid di negara ini ? Adakah dia sengaja untuk menimbulkan kemarahan rakyat bukan islam terhadap kerajaan dengan memainkan sentimen agama? Atau pun ada agenda lain disebalik kenyataannya yang dibuat di luar Parlimen itu.

Isu apa yang sebenarnya Nga Kor Ming tak puas hati? Tak cukup kah lagi bilangan tempat beribadat masyarakat bukan Islam di negara ini bagi 30% majoriti bukan Islam yang ada?

Kenyataan Nga Kor Ming ini mendapat reaksi segera daripada beberapa pihak termasuklah Mufti Perak, Ketua Pengarah JAKIM, Presiden PESAKA dan juga beberapa NGO pro kerajaan yang lainnya.

Namun yang paling dinanti ialah kenyataan dari pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang selama ini mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam dan penjaga kepada kesucian Islam di negara ini.

Malangnya, hanya Timbalan Presiden Pas iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa sahaja yang mengeluarkan kenyataan sopan santun diiringi irama lemah gemalai menegur kenyataan biadap Nga Kor Ming.

Sementara pemimpin2 Pas yang lain memilih untuk selesa dengan bersikap berdiam diri, pakar demonstrasi Pas iaitu Hatta Ramli dan juga jaguh gereja Khalid Samad muncul sebagai pembela kepada kenyataan kurang ajar serta menghina Islam Nga yang terkenal dengan surah auranya.

Ini diikuti pula dengan Johari Abdul sebagai wakil tunggal dari PKR yang juga tumpang semangkuk didalam usaha membela perbuatan menghina Islam oleh puak2 Kafir Harbi DAP.

Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kuala Krai dengan segera menyalahkan media yang disifatkan sebagai melampau didalam melaporkan isu. Media juga dituduh sengaja memaparkan kenyataan-kenyataan yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Islam terhadap DAP.

Sebelum ini bukankah Hatta Ramli yang galak menyeru kepada kebebasan bersuara dan juga ketelusan media? Apakah berita yang memburukkan kerajaan serta menghentam kerajaan sahaja yang dianggap bagus dan telus?

Dan sedangkan jika berita yang dipaparkan mendedahkan salahlaku pemimpin-pemimpin dipihak Pakatan Rakyat, ia terus dikatakan melampau dan juga bertujuan jahat.

Dimanakah pendirian Hatta Ramli berkenaan mempertahankan kesucian Islam? Nampaknya Hatta Ramli lupa kepada tanggungjawabnya untuk mempertahankan institusi masjid daripada tohmahan yang bertujuan untuk mencemarkan maruah Islam apabila sanggup menyokong seorang kafir harbi mempertikaikan pembinaan masjid.

Ahli Parlimen Shah Alam yang merupakan jaguh memperjuangkan penggunaan nama Allah kepada bukan Islam iaitu Khalid Samad pula secara tanpa segan silu menyalahkan Umno dan juga Barisan Nasional diatas kenyataan Nga Kor Ming.

Khalid Samad juga tanpa ada perasaan malu dengan mempertahankan DAP yang konon baginya bukan anti melayu dan anti Islam. Sebaliknya Umno pula yang dituduh oleh Khalid Samad, cuba untuk mewujudkan perasaan benci dan marah masyarakat melayu/Islam kepada parti kesayangannya iaitu DAP.

Sikap Khalid Samad ini taklah menghairankan kerana selama ini pun banyak kenyataan yang dikeluarkannya mengelirukan majlis agama Islam dan juga pihak atasan Pas sendiri. Tetapi apa yang amat menghampakan ialah betapa lemah pendirian Khalid untuk mempertahankan institusi masjid apabila bersangkutan dengan karenah DAP oleh Yang dipertua Pas Shah Alam itu.

Manakala wakil daripada parti sosialis PKR iaitu ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula menyokong dan menyarankan kerajaan menumpukan perhatian terhadap pembinaan rumah ibadat bangsa bukan Islam seperti saranan Nga Kor MIng.

Johari Abdul juga menyuarakan pandangan agar kerajaan memfokuskan terhadap kemudahan tempat untuk rakyat bukan Islam dinegara ini beribadat. Dengan lebih banyak pembinaan tempat beribadat bagi bukan Islam, akan lebih kuranglah gejala sosial yang berlaku dikalangan anak muda mereka katanya.

Semua kenyataan-kenyataan dari pemimpin melayu/Islam didalam Pakatan Rakyat dilihat tidak langsung mempertahankan hak untuk pembinaaan masjid dinegara ini. Tiada juga nada yang dikeluarkan untuk menasihati atau menegur perangai biadap Nga Kor Ming kecuali sedikit nasihat dari Nasharudin Mat Isa.

Jika dihimpunkan semua kenyataan pemimpin-pemimpin melayu/Islam PR, ianya tidak langsung dapat menandingi ucapan Datuk Ibrahim Ali yang begitu lantang mempertahankan maruah Islam dan juga institusi masjid.

Apakah pemimpin-pemimpin Pas tak tahu malu apabila mengaku diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka tak mampu mempertahankan maruah rumah Allah itu sendiri?

Bukankah masjid itu adalah rumah Allah? Mengapa Pas sanggup membela kafir didalam soal pembinaan rumah Allah yang menjadi pusat ibadat bagi seluruh umat Islam?

Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Pas hanya sekadar menjadi "barua" kepada kafir DAP dan juga lebih mengutamakan perselingkuhan mereka dengan bangsa kafir harbi ini daripada menjaga amanah untuk mempertahankan Islam.

Pas bukan ingin memperjuangkan Islam dan mempertahankan kesucian Islam !

Pas hanya sekadar mempergunakan Islam sebagai alat untuk berpolitik semata-mata.

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah Lagi maha Mengasihani
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir,"
"Aku tidak sembah apa yang kamu sembah,"
"Dan kamu bukannya penyembah-penyembah tuhan yang aku sembah,"
"Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah,"
"Dan kamu juga bukanlah penyembah-penyembah tuhan yang aku sembah,"
"Untuk kamu agamamu dan untukku agama ku".
(Surah Al Kafirun)

.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment