Sunday, December 13, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Maria binti Musa!

Selamat Pengantin Baru

Ikhlas Buat
.

Maria binti Musa
.
dengan
.
Saiful Bahari bin Abd Manaf
.
Alhamdulillah Saudari Maria Musa (Pembantu Penguatkuasa MPN) telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Saiful Bahari Abd Manaf. Majlis perkahwinannya telah berlangsung meriah pada 13 Disember 2009 bertempat di Rumah Rakyat Pancor. Jemputan dianggarkan mencecah sehingga ke 1,700 orang jemputan.
.
Turut hadir sama ke majlis perkahwinan ini adalah En. Syamsul Amri bin Hj Ismail (Ketua Penerangan UMNO) yang kebetulannya juga merupakan bos di Jabatan di mana Maria bertugas. Ramai juga anggota penguatkuasa yang hadir bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Adalah didoakan semoga Saudari Maria akan berbahagia di samping suami tersayang hingga ke akhir hayat.
.
Berikut dikongsikan bersama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.
.
Gambar 12 Disember 2009
Sehari sebelum berlangsungnya
Majlis Perkahwinan
.

Di antara orang-orang surau yang bertungkus-lumus masak secara bergotong-royong

Mengacau kuali untuk memasak gulai
Suasana daripada dalam khemah memasak

Suasana meja pengantin yang telah siap dihias

Kerja-kerja menyiang daging giat dijalankan secara bergotong-royong

Kelihatan ayah Maria (En. Musa) leka memerhatikan rakan-rakan menyiang daging

.

.

13 Disember 2009

Hari Berlangsungnya Majlis Perkahwinan

Maria & Saiful

.
Pelamin yang tersergam indah


Khemah untuk jemputan yang telah siap terbentang menantikan ketibaan tetamu

En Musa dan Pn Asmah (Ibu Maria) mula menyambut tetamu sejak jam 10.00 pagi

Kelihatan wajah En. Musa yang cukup ceria dengan tema "Tradisi Jawa"

Puan Asmah bersalaman dengan kaum ibu yang sibuk di dapur Surau

Kelihatan di khemah memasak masih lagi sibuk dengan persediaan masakan lauk-pauk

Gulai yang kelihatan menyelerakan di bawah kawal selia En Atan (Imam 1 Surau An-Nur)

En. Akob sedang sibuk menggoreng ayam yang menjadi rebutan ramai

Bertungkus-lumus menggoreng dengan dua kuali besar

Ais-Krim "mingomingo" turut ditempah untuk majlis perkahwinan ini

En. Manaf bergaya dengan nasi yang disenduk ketika sesi "makan pangkal"

Suasana di bawah khemah jemputan

Suasana sibuk di kaunter aiskrim "mingomingo"

Keluarga Ketua Penerangan UMNO yang sedang menjamah makan yang disediakan

Aksi salah seorang anak Ketua Penerangan yang sedang sibuk makan

Kelihatan tetamu yang sudah mula membanjiri khemah jamuan

Jamuan bubur pun turut disediakan

Ketua Penerangan UMNO Pancor bergambar bersama Mizwar (Joe) salah seorang rakan sekampung

Khemah Jamuan Pengantin yang telah siap

Nordin, cukup terkenal sebagai DJ Pancor FM

Pasukan Cak Lempong yang sedang bersiap sedia mengiringi pengantin

Pengantin lelaki sudah bersiap sedia untuk berarak


Rombongan yang mengikuti agak ramai bilangannya

Sempat berhenti menyaksikan persembahan silat di pertengahan jalan

Meneruskan perjalanan

Ramai juga pengiring yang setia walaupun dalam suasana panas terik

En. Ghafar bertindak selaku jurukamera pada hari iniKelihatan wajah pengantin perempuan yang ceria

Pengantin Perempuan sabar menanti ketibaan Pengantin lelaki


Di antara rakan-rakan seperjuangan Maria di MPN yang turut sama hadir
Barisan jurukamera dengan kamera masing-masing

Pengantin lelaki kian menghampiri....

Pertemuan diatur di hadapan khemah utama

Apabila mata bertentang mata, lidah kelu tidak berkata-kata hanya hati menyimpulkan segalanya

Maria hanya mampu tersenyum

Mencium tangan suami tercinta!!!

Duduk bersama di khemah utama menyaksikan persembahan

Persembahan silat dari kumpulan Silat yang didatangkan khas daripada Paroi

bersilat dengan penuh lincah dan aksi seni yang menarik

Silat ala-ala "iron-monkey"

Pasangan raja sehari ceria menyaksikan persembahan

Persembahan silat "Jawa"

Tetamu yang hadir leka menyaksikan persembahan

Persembahan yang kemudiannya mendapatkan restu perkenan daripada Raja Sehari

Persembahan silat daripada seorang adik perempuan yang masih bersekolah

Pasangan pengantin berarak menuju ke rumah dengan pintu gerbang tertera perkataan "MONG'GHO" yang membawa maksud "SELAMAT DATANG"

Berarak perlahan menuju masuk ke rumahAkhirnya melalui pintu gerbang untuk masuk ke rumah

Ketibaan pengantin disambut dengan cahaya lensa dari ramai jurugambar


Menatap singgahsana pelamin yang tersergam indah dengan barangan hantaran disusun di hadapan pelamin

Mulai naik ke atas pelamin Bersanding dengan penuh ketenangan, terpancar sinar kebahagiaan di mata mereka

Maria sentiasa ceria wajahnya

Persembahan silat disambung lagi di hadapan pelamin

Akhirnya sesi santapan diraja

.

Akhir kata, sekali lagi kesemua warga Jawatankuasa Penerangan UMNO Pancor mengucapkan selamat berbahagia buat Maria dan suami tersayang.

.

.

.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment