Sunday, December 13, 2009

Kenapa PAS Menyibuk Dengan UMNO?

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.


PAS ni memanglah satu parti yang mempergunakan Islam untuk kepentingan parti ajaran sesatnya, kepentingan peribadi pemimpin yang kononnya begitu mulia sekali berbanding manusia biasa lain di dunia ini.

PAS pun menggunakan slogan kosong "Membangun bersama Islam" hanya retorik semata-mata untuk mengaburi mata penganut agama PAS yang begitu taksub dengan PAS.

Apakah pembangunan selama hampir 2 dekad PAS mentadbir negeri Kelantan? Kalau setakat menjual semua tanah-tanah kepada orang asing dan orang Cina bukan kepada Bumiputera, adakah itu dikatakan "Membangun bersama Islam"?....

Dari artikel di Harakahdaily bertajuk "Umno kena jawab ini" di pautan http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23623:umno-kena-jawab-soalan-ini&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

adalah semata-mata persoalan untuk memburukkan lawan mereka.

PAS sebenarnya yang terdesak untuk mendapatkan sokongan orang bukan Islam sehingga terpaksa menggunakan slogan 'PAS FOR ALL' dan juga membuka keahlian PAS kepada orang bukan Islam.

Siapa kata Melayu benci Umno? Hanya dakyah tak berasas dari Pas. Memanglah benar dalam pilihanraya umum baru-baru ini BN telah kehilangan 5 negeri.

Tetapi itu adalah kerana kelemahan Umno sendiri. Umno sekarang dalam proses pembaikan dan pembaharuan dan ini dapat dilihat dengan sokongan teguh dan padu terhadap Perdana Menteri kita selaku juga Presiden Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang begitu bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan Barisan Nasional dan Umno kembali agar disokong kuat oleh rakyat semula.

Berkaitan royalti minyak kepada Kelantan pula? Amboi lebih sudu dari kuah nampaknya.

Tang nampak saja tanda nilai Ringgit Malaysia, laju saja nak mintak duit dari orang... Tang penyelidikan dan juga pembinaan loji minyak di luar pesisir Kelantan tu pulak, siapa yang menghabiskan wang ringgit untuk membangunkannya??????

Pas jauh sekalilah sebab takde inisiatif untuk membangunkan loji minyak di negeri Kelantan pun. Cakap saja banyak, bila orang lain dah buat, duit saja yang dia nampak. Memang jenis
MUKA TAK MALU!

Lepas tu mulalah buat fitnah dan dakyah kata Umno tu zalim pada Kelantan. Zalim kepala otak kau la... Siapa yang zalim sebenarnya? Sudah tentu PAS yang mentadbir Kelantan selama hampir 20 tahun tapi tak bawa apa-apa kemajuan dan pembaharuan pun ke negeri Kelantan.

Kalau tidak masakan jutaan rakyat Kelantan terpaksa berhijrah dan mencari rezeki di negeri lain yang di bawah pentadbiran Barisan Nasional pulak tu. Lepas tu lagi tak sedar diri dan buat MUKA TAK MALU, balik pulak mengundi lagi PARTI AJARAN SESAT tu dan menyusahkan lagi rakyat Kelantan yang masih berada di Kelantan.

Mana tidaknya? Setiap hari boleh dikatakan kita dihidangkan dengan jenayah-jenayah yang berlaku di Kelantan seperti kejadian ragut yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta penagihan dadah di kalangan remaja tidak bekerja di Kelantan.

PAS ni tak ubah macam pacat nak jadi ular.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment