Sunday, December 13, 2009

Salahuddin Buat Lawak Antarabangsa!!



Baru-baru ini, Salahuddin Ayub telah mencabar Ibrahim Ali untuk membuktikan kepadanya tentang kenyataannya yang menyatakan bahawa "PAS melutut kepada DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat". Hakikatnya, cabaran Salahuddin terhadap Ibrahim Ali ini kelihatan begitu lucu dan bodoh! Salahuddin seakan-akan masih "buta" dan tidak mahu mengakui kebenaran dakwaan Ibrahim Ali ini.

Tok Hiem mungkin ketawa berdekah-dekah mengenai cabaran Salahuddin ini. Lucu benar baginya apabila menerima cabaran dari Salahuddin. Salahuddin sebagai seorang yang kelihatan "berakal" telah bertukar seakan-akan "tidak berakal" apabila mencabar beliau memberikan bukti yang amat jelas di depan mata.

Saya turut "terkasima" dengan insiden "cabaran Salahuddin terhadap Ibrahim Ali" ini. Kasihan pada Salahuddin. Kasihan kerana Salahuddin masih lagi "buta" atau "pura-pura buta". Jika Salahuddin masih "buta" seeloknya Ibrahim Ali menggesa agar Salahuddin membuat kajian tentang kes bekas Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak di mana Nizar telah berkali-kali di"rogol" kehormatannya oleh Ngeh dan Nga. Lihatlah bagaimana Nizar seakan-akan menjadi "gila talak" terhadap "kuasa kerusi Menteri Besar". Dan lihatlah bagaimana PAS yang punya kuasa pemutus di Perak terpaksa menhikut telunjuk DAP ketika berkuasa. Dengan kedudukan Exco DAP yang melebihi PAS, Nizar bagaikan "lembu yang dicucuk hidung".

Namun, jika Salahuddin "pura-pura buta", maka sesungguhnya Salahuddin menyembunyikan kebenaran dari rakyat, khususnya ahli-ahli PAS yang sanggup tidur di atas jalan raya semata-mata kerana permainan politik DAP dan PKR terhadap PAS. Pernahkah Salahuddin melihat seorang ahli DAP yang sanggup tidur atas jalan semata-mata kerana mahu mempertahankan Masjid? Cuba lihat perhimpunan "Bersih", siapa yang menjadi "keldai"? Berapa orang DAP yang menyertai perhimpunan tersebut dan berapa ramai "lembu-lembu" PAS yang sanggup berada di jalan raya dan membuat kacau bilau?

Lihat pula bagaimana Hasan Ali yang terus "bisu" apabila disergah Ronnie Liu? Tidakkah Salahuddin lihat bagaimana Hasan Ali berhempas pulas mempertahankan kenyataannya berkenaan kes arak di Selangor? Tiada seorang pun dari kepimpinan PAS Pusat yang sanggup bersuara membela Hasan Ali. Seakan-akan PAS juga telah berjaya di"bisu"kan oleh DAP dan PKR. Sedangkan PAS sebelum ini begitu kuat menjerit meminta kerajaan BN mengharamkan penjualan arak dan meminta agar kilang Carlsberg di tepi Federal Highway itu ditutup. Namun, setelah berkuasa dan PAS diberikan kuasa Exco, PAS marah pula apabila diminta menutup kilang arak tersebut. Malah PAS mendakwa tidak pernah menuntut agar kilang tersebut ditutup. Apakah ini benar-benar suara PAS atau PAS sekadar mahu menjaga hati DAP dan PKR yang kini menjadi "tuan" mereka?

Kami semua bukanlah se"buta" dan "suka berpura-pura buta" macam Salahuddin. Ada diantara kami ini yang pernah mendengar ceramah PAS yang meminta itu dan ini kepada kerajaan BN sebelum ini. Malah ada diantara kami ini merupakan ahli PAS. Namun kami kecewa dengan PAS yang sudah semakin pandai menipu rakyat. PAS dahulu pandai mempergunakan agama demi kepentingan politik sahaja, namun sejak berkawan dengan DAP dan PKR, PAS sudah pandai pula menipu rakyat. Sudahlah Salahuddin, berkata benarlah walaupun pahit untuk ditelan!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment