Sunday, December 13, 2009

BTN v DAP : Cintakah DAP Pada Malaysia?

Besar sungguh kesan BTN kepada pemimpin-pemimpin politik dan rakyat Malaysia. Dari mantan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Menteri-Menteri, pemimpin pembangkang, pemimpin-pemimpin NGO sehinggalah kepada blogger-blogger dan rakyat terus menerus memperkatakan perihal BTN. Begitu hebat sekalikah kesan BTN kepada seluruh rakyat Malaysia? Sebelum ini, BTN telah dilaksanakan sejak puluhan tahun. Pernah juga pertikaian tentang BTN ini disuarakan oleh pemimpin pembangkang, namun tidaklah mendapat liputan sehebat kini.


Pendapat-pendapat yang dikeluarkan saling bercanggah antara satu sama lain. Tun Mahathir dan Pak Lah senada pendapatnya, namun Nazri Aziz membantah dan menegaskan BTN sebelum ini sebagai "rasis" serta memerlukan rombakan. Lantas akibat perselisihan pendapat itu, Nazri tanpa rasa bersalah "mengutuk" Mantan Perdana Menteri itu sebagai "bloody racist"! BTN punya pasal, Tun pula di"kutuk" Nazri?

Tak perlu dinyatakan pendapat pihak pembangkang. Tentulah mereka menentang BTN, terutamanya parti DAP yang sememangnya sebuah parti yang "racist". Mungkin DAP risau jika UMNO menjadi lebih "racist" dari mereka. Selama ini UMNO yang sememangnya ditubuhkan berasaskan parti kaum Melayu dan bumiputera terbesar di Malaysia sememangnya dituduh sebagai parti yang "racist". UMNO menjadi "racist" kerana hanya menerima Melayu dan bumiputera sebagai ahlinya, dan tujuannya begitu jelas untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan Islam, Melayu bumiputera dan Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia ini. Manakala DAP pula menjadi lebih "racist" apabila cuba menyerang hak-hak keistimewaan Melayu bumiputera yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Ternyata DAP tidak menghormati perlembagaan Malaysia. Jika Rukunegara pun DAP tidak hormat, apakah wajar DAP melaungkan Malaysian Malaysia di Tanah Melayu ini?

Nik Aziz pula cuba mengaitkan isu BTN sebagai "tidak Islamik". Rasanya Nik Aziz sendiri tidak pernah menghadiri kursus BTN, namun dia tidak dapat menahan "gatal mulut"nya untuk memperkatakan tentang BTN. Mungkin Nik Aziz begitu "jahil" tentang silibus BTN yang merangkumi solat jemaah pada setiap waktu, tazkirah, kuliah agama dan program qiamullail. "Islamik" bagaimana lagi yang Nik Aziz mahu? Perlukah diwujudkan slot "tazkirah politik dari Musyidul Am PAS" maka barulah boleh dikatakan sebagai "Islamik"? Rasanya Nik Aziz lebih tahu tentang sabda Rasulullah S.A.W, "katakanlah tentang perihal yang elok atau DIAMKAN DIRI SAHAJA"! Jadi, elok diam sajalah Tok Guru...

Sesungguhnya, tiada sikit pun "bau perkauman" di dalam kursus BTN. Sesungguhnya, BTN lebih menekankan unsur-unsur Islam secara fundemantel, cintakan anak bangsa dan banyak menekankan tekad diri untuk menyintai negara tanahair sendiri. Tidak pernah wujud sedikit pun sentimen membenci kaum lain. Usahlah cuba "mengada-adakan perkara yang tidak ada". Bolehlah disimpulkan bahawa persoalan "BTN sebagai kursus yang racist" ini sebagai satu usaha jahat dari DAP untuk memecah belahkan keharmonian kaum di Malaysia, atau lebih tepat bahawa "DAP itu sememangnya RACIST"! Usahlah termakan dengan "umpan berbisa" DAP ini sehingga sanggup menghina mantan Perdana Menteri pernah berjasa dan disanjungi oleh rakyat, kawan dan lawan. Takut kelak "termalu" sendiri. Sedarlah wahai Rakyat, DAP itu bagaikan bayangan PAP yang kini telah berjaya menghapuskan kaum pribumi Temasik! Sedarlah...
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment