Sudah terang lagi bersuluh. Bahasa rasmi negara Malaysia ialah Bahasa Malaysia. Setahu saya, tidak ada negara di dalam dunia ini yang mempunyai dua bahasa rasmi. Sudah namanya "bahasa rasmi negara", tentulah maksudnya "hanya satu sahaja bahasa yang rasmi"! Bodoh sangatkah Karpal untuk memahami perkara yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia itu?
Saya hairan, ke mana perginya Pak Samad Said? Tidak mahu berdemonstrasikah dia terhadap kenyataan Karpal ini? Bukankah Pakatan Rakyat selama ini "mengajar"nya untuk berdemonstrasi jalanan ketika usaha memansuhkan PPSMI? Setelah diumumkan pemansuhan PPSMI, kini Karpal pula mencabar kedudukan Bahasa Melayu. Kenapa diamkan diri? Saya cabar Pak Samad berdiri di atas pentas membantah cadangan Karpal ini. Takkanlah "pejuang bahasa" seperti Pak Samad pun mahu buat "U-turn" juga?
Mungkinkah nanti akan wujud pula permintaan dari Karpal atau pihak pembangkang yang mahu Kristian diiktiraf sebagai agama rasmi kedua Malaysia? Bagaimana pula dengan agama Buddha dan Hindu? Pastinya akan ada lagi agama lain yang akan meminta-minta untuk menjadi agama rasmi negara. Berapa banyak "perkara rasmi" yang patut ada? 10? 20?
Ini adalah satu percubaan "tidak sihat" dan melampau dari Karpal. Bagaimana pula jika Kaum Melayu suatu hari nanti meminta agar perlembagaan dipinda dan meminta semua kaum bukan bumiputera ditarik balik hak-hak kerakyatan dan kewarganegaraan mereka. Bagaimana jika semua kaum bukan bumiputera diminta untuk mempunyai visa untuk masuk bekerja dinegara ini. Bagaimana pula jika kaum Bumiputera meminta agar hak-hak mengundi kaum bukan Bumiputera ditarik balik dan dilarang sama sekali menceburi bidang politik negara? Tidak terfikirkah Karpal jika kaum Bumiputera, khususnya Melayu "mengamok" diatas permintaannya yang melampaui batas ini?
Hakikatnya, bukan hanya kaum Melayu dan Bumiputera sahaja yang lupa. Kaum bukan bumiputera juga kini telah banyak terlupa. Kaum bukan bumiputera begitu banyak terlupa tentang perlembagaan negara yang wajib mereka patuhi. Mereka juga lupa tentang "kontrak sosial" dan "hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera" yang sewajibnya mereka hormati tanpa kompromi. Mereka juga lupa tentang "tanah yang mereka pijak" ini. Nampaknya mereka juga lupa tentang "asal usul mereka" dan "proses sejarah kemerdekaan Tanah Melayu" yang kemudiannya bertukar menjadi Malaysia.
No comments:
Post a Comment