Tuesday, December 15, 2009
Kali Ini Gambar Pemimpin DAP Pula Dipijak!!
TAIPING 7 Dis. – Suasana di ceramah perdana di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi kecoh seketika apabila orang ramai bertindak memijak dan membakar gambar lima pemimpin DAP.Tindakan itu diambil sebagai tanda marah terhadap perbuatan pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak baru-baru ini.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyampaikan ceramah pada majlis itu berkata, pihaknya menyokong tindakan tersebut sebagai amaran kepada DAP.
.
‘‘Ada kalanya tindakan jahat perlu dibalas jahat. Kalau tidak pemimpin DAP tidak akan sedar. Dulu selepas pijak gambar wakil rakyat Bebas mereka beri alasan tak nampak, jadi sekarang kita pun boleh buat alasan sama. Kita pijak selepas itu minta maaf dan bagi alasan tak nampak juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.
.
Gambar-gambar pemimpin DAP yang dipijak dan dibakar itu ialah Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham; bekas Speaker Perak, V. Sivakumar; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Ong Boon Teow.
.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pemimpin DAP sepatutnya tidak memulakan tindakan biadap sebegitu jika mahu dilayan dengan baik oleh masyarakat.
.
Jelas beliau, insiden lompat parti merupakan agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
.
‘‘Dulu semasa ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim lompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) tak ada pun orang Barisan Nasional (BN) pijak gambar dia.‘‘Jadi DAP patut pijak gambar Anwar kerana beliaulah yang menganjurkan perkara ini dan akhirnya jadi punca kepada insiden lompat parti ini,” ujar beliau.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment