Thursday, August 06, 2015

Danny Tan Bukan Vincent Tan, RM 300 Juta Bukan RM 400 juta?

Berikutan surat Amin Yatim yang kami siarkan semalam, Warkah Buat Tun Mahathir : Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 Juta Kepada DAP? Kami menerima maklumat bahawa beberapa fakta dalam emel tersebut kurang tepat.

Kami dimaklumkan penderma kepada Pakatan Rakyat semasa pilihan raya 2013 ialah Danny Tan, adik kepada Vincent Tan. Manakala jumlah semasa pilihan raya ialah sebanyak RM 300 juta bukan RM 400 juta.

Semalam Amin Yatim mencabar Tun Mahathir mendedahkan betul atau tindak kroninya, Vincent Tan dan banyak ahli perniagaan lain menyumbang ratusan juta setiap seorang kepada Pakatan Rakyat.

Sementara itu sumber juga memberitahu seorang calon Menteri Besar mendapat hampir satu ratus juta dari seorang tokoh perniagaan semasa kempen pilihan raya umum lalu dan tidak pernah memaklumkan kepada Perhubungan Negeri dan UMNO Pusat pun.

Sungguhpun terdapat maklumat wang tersebut hanya diagihkan kepada kumpulan tertentu, namun kami percaya wang tersebut telah dibelanjakan sebaik mungkin bagi tujuan memenangkan parti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment