Sunday, August 09, 2015
Gambar Shah Rukh Khan Pegang Tasbih Berzikir Jadi Viral
Aktor Shah Rukh Khan sebelum ini agak ‘Berat Mulut’ apabila melibatkan
isu agama.
Lebih-lebih lagi setelah mendirikan rumah tangga dengan
isterinya, Gauri Chibber yang beragama Hindu.
Malah pada tahun 2009 sebuah madrasah di India telah mengkritik dan
mengeluarkan fatwa bahawa Shah Rukh Khan telah murtad kerana
mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini peminat di India dikejutkan dengan
sekeping foto dia di lapangan terbang sedang memegang tasbih selepas
tiba dari menjalani penggambaran filem di Bulgaria.
Meskipun pihak media menunggunya di pintu ketibaan, aktor berusia 49
tahun itu tetap tenang memegang tasbih berwana cokelat kemerahan sambil
bibirnya bergerak.
Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-rata agak
terkejut dengan insiden tersebut dan memuji perubahan aktor kesayangan
mereka itu.
Terdahulu, Shah Rukh Khan pernah menyatakan hasrat ingin mengerjakan
ibadah Haji di tanah suci Mekah setelah usia anak-anaknya sudah
meningkat dewasa.
Dipetik daripada sumber : Astro Gempak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment