Thursday, August 06, 2015

Harapan KJ Kepada Muhyiddin Yassin

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas tindakan setengah pihak yang mengkritik dan menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno dengan mengatakan tindakan itu tidak bijak kerana ia akan mewujudkan bibit perpecahan dalam parti.

Khairy berkata, walaupun Muhyiddin tidak lagi mempunyai jawatan dalam pentadbiran kerajaan, tetapi beliau masih memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan ia perlu dihormati.

Khairy memberi amaran kepada pihak yang mengkritik Muhyiddin dengan mengatakan serangan terhadap timbalan presiden parti itu mesti dihentikan jika tidak ia akan mempecah-belahkan parti..

"Sebagai Ketua Pemuda Umno, saya berpendapat ini tindakan kurang bijak. Tindakan mengutuk beliau adalah tidak wajar dan ia tidak mencerminkan budaya parti.

"Sebarang tindakan untuk menyerang dan memburukkan beliau wajar kita tolak dan tidak menggambarkan parti iaitu menghormati pemimpin. Kita tidak akan membenarkan bibit perpecahan di dalam Umno," kata Khairy dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno pada Khamis.

Selain itu,  Khairy juga menggesa semua pihak supaya tidak mengkritik Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut digugurkan dari barisan kabinet bersama Muhyiddin serta beberapa pemimpin lain.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment