Thursday, August 06, 2015
Kerajaan Akan Pinda Undang-Undang Siber...
Menteri baru sudah memastikan keberkesanan kemelut kerajaan menerusi
laporan The Star Online. Perdana Menteri juga mencadangkan supaya
undang-undang siber dipinda bagi mensyaratkan pendaftaran portal berita
didaftarkan.
Dalam laporan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh
Said Keruak memberitahu bahawa perkara itu sudahpun dalam peringkat
kajian.
Katanya, beberapa model termasuk yang digunakan di Singapura kini dalam pertimbangan kerajaan.
"Saya bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk
mengkaji cadangan itu," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Dilaporkan, portal dengan lebih 50,000 pengunjung unik setiap bulan
berdasarkan model yang digunakan Singapura perlu memohon lesen daripada
Media Development Authority (MDA) negara itu.
Seterusnya, pengendali portal berkenaan perlu membuat pembayaran deposit
bon sebanyak SG$50,000 bond kepada MDA. Namun, sekiranya pengendali
portal itu tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan, deposit
tersebut tidak akan dipulangkan.
Bagaimanapun, Mohd Salleh berkata, cadangan pindaan tersebut langsung
tidak berkait rapat dengan skandal 1MDB sepertimana yang sedang hebat
diperkatakan menerusi laman media dalam talian.
"Tiada kena mengena dengan perkara itu. Kita mahu pindaan menyeluruh.
Undang-undang itu diperkenalkan pada 1998, sejak itu terdapat banyak
perkembangan."
"Kita mesti ambil kira perkembangan ini. Banyak negara sudah meminda
undang-undang siber mereka untuk memastikan media sosial tidak mencetus
masalah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Jelasnya lagi, cadangan pindaan itu bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang pada Oktober depan.
Mengenai sekatan akses ke laman Sarawak Report pula, beliau berkata, Kerajaan tidak akan membatalkankannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment