Thursday, August 06, 2015

Nasihat Najib Pada Masyarakat FELDA...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis bersama warga Felda, memohon peneroka Felda supaya tidak termakan dengan hasutan luar yang mendakwa usahasama Felda Global Ventures (FGV) dan PT Eagle High Plantation di Indonesia tidak mendatangkan kebaikan.

Najib berkata, masyarakat Felda perlu bersikap waras dan rasional dalam menentukan keputusan berhubung pembelian saham tersebut bagi memastikan peluang keemasan itu tidak terlepas.

Jelas Najib, ini kerana mereka akan terlepas peluang keemasan yang dapat memberi banyak manfaat kepada peneroka kelak.

"Saya serah pada komuniti Felda dalam mesyuarat agung FGV dan pemilik saham FGV untuk buat kata putus dalam hal ini.

"Apa  yang perlu kita fikirkan ialah secara waras dan rasional. Jangan terbawa hasutan dari mana-mana pihak sehingga yang baik jadi tidak baik. Yang hak jadi batil.

"Kerana kalau salah buat keputusan dan pertimbangan, kita boleh terlepas peluang keemasan yang mungkin sukar diperoleh pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap salam majlis Program Salam Perantauan Warga Felda di Putrajaya.

Najib menjelaskan usahasama FGV dan Eagle High adalah bagi mengukuhkan syarikat perladangan sawit milik Malaysia itu dan mengubah komuniti masyarakat Felda pada masa hadapan.

"Kita sedia maklum, untuk Felda mengubah kualiti hidup masyarakat asal dan generasi kedua dan ketiga, kita juga ingin Felda menjangkaui sempadan negara.

"Kita mahu Felda terus global dan sebab itu pada masa ini kita timbang usahasama FGV dan Eagle High.

"Kita yakin kalau dapat formula yang saling utuh untuk satu sama lain, maka FGV dan masyarakat Felda boleh kaut keuntungan besar," katanya.

Pada 12 Jun lalu, FGV mengumumkan akan memperuntukkan AS$680 juta untuk membeli 37 peratus saham PT Eagle High, syarikat perladangan sawit ketiga terbesar Indonesia

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment