Sunday, August 09, 2015
Penjawat Awam Liat Bayar PTPTN Akan Kena Potong Gaji Mulai September
Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula
dilaksanakan penghujung September depan.
Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, langkah itu akan dilakukan
secara berperingkat melibatkan seramai 163,007 penjawat awam yang tidak
pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menyelesaikan pinjaman
PTPTN.
"Selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebelum ini, PTPTN akan
mula melakukan pemotongan gaji terhadap kakitangan awam terlibat pada
hujung bulan depan," katanya.
Menurut Mohamad Zabidi, pertemuan akan diadakan dengan penjawat awam yang terlibat merundingkan pinjaman secara ansuran bulanan.
Mohamad Zabidi dalam kenyataan sebelum ini berkata kesemua 163,007
penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten
menjelaskan pinjaman PTPTN, diwajibkan membuat bayaran melalui potongan
gaji.
Untuk itu, seramai 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk
136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menjadi kumpulan
pertama membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini.
Dalam perkembangan lain, PTPTN turut menyasarkan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) RM2 bilion menjelang 2020.
Agos berkata, setakat ini SSPN-i telah mempunyai 2.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan mencecah RM1 bilion.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment