Thursday, August 06, 2015
India Batal Sekat Laman Lucah Kerana Bantahan Rakyat... Lawan Web Lucah Nak Ditutup Pun Berdemo
Ini masalahnya dalam sistem demokrasi... majoriti sentiasa betul...
akhirnya hasrat kerajaan India untuk menutup laman web lucah terpaksa
dibatalkan kerana bantahan orang ramai.
Sebelumnya India mengumumkan perintah menyekat 875 laman web porno dengan alasan moral dan kesopanan.
Tapi selepas bantahan orang ramai, kerajaan hanya mengarahkan syarikat
perkhidmatan Internet menutup laman web yang mempromosikan porno
kanak-kanak.
Ia menimbulkan kemarahan orang ramai serta mencetuskan debat mengenai penapisan di negara itu.
Pengendali laman web kini menghentikan sekatan terhadap kebanyakan laman
web berkenaan, tetapi masih mengekalkan laman yang mempromosi porno
kanak-kanak, kata jurucakap Jabatan Telekom India.
Tindakan kerajaan menyemak perintah itu bagaimanapun tidak diterima baik
pengendali laman web kerana mereka perlu memeriksa dan memutuskan apa
yang perlu disekat dan sebaliknya.
Seorang pegawai syarikat telekomunikasi terbesar India berkata:
“Larangan itu tidak jelas. Bagaimana pula kami hendak memeriksa sama ada
laman web berkenaan mengandungi porno kanak-kanak?
“Itu bukan kerja kami.”
Akta Teknologi Maklumat India tahun 2000 melarang sebarang penerbitan
dan penyebaran sebarang kandungan yang berunsur lucah atau lain-lain
yang bertujuan merosakkan akhlak individu.
Pihak yang didapati bersalah menyebarkan dan menerbitkan kandungan lucah
boleh dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 5 tahun dan denda
sehingga 10 lakh rupees (RM60,309).
Menurut seorang pegawai dalam satu laporan oleh Wall Street Journal,
sekatan ini hanya sementara waktu sahaja dengan tujuan melarang
kanak-kanak dari melayari laman lucah.
Namun, wujud persepsi bahawa langkah ini cuma bertujuan politik sahaja
kerana sekatan terhadap URL-URL tertentu tidak begitu berkesan kerana
pengendali-pengendali dengan mudah mendaftarkan URL mereka dengan domain
yang baru. Lagipun, pengguna-pengguna di India masih boleh mengakses ke
laman web negara dengan menggunakan VPN.
India memiliki jumlah pengguna internet ketiga terbesar di dunia dengan
jumlah sekitar 300 juta orang dan bilangan ini dijangka bertambah kepada
314 juta orang menjelang 2017.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment