Thursday, August 06, 2015

MH370 Masih Dekat Di Hati… Terus Jadi Berita Dunia Sejurus PM Umum

Rasanya dalam sejarah Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri ini kali pertama beliau terpaksa adakan satu sidang akhbar jam 1.45 pagi untuk cakap mengenai sesuatu kejadian melibatkan negara.Lokasinya di Bilik Melur,Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur.

Di situ beliau umumkan SAH serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai adalah dari MH370.Ini ekoran siasatan oleh pakar antarabangsa keatas serpihan sayap itu di Peranchis.

Sebenarnya kalangan wartawan sudah standby untuk sidang akhbar berkenaan sejak petang Rabu lagi.Asalnya di Hilton KL Sentral.

Tunggu punya tunggu hingga tukar lokasi ke PWTC pula.jam 1.45 pagi Khamis baru Perdana Menteri dapat membuat sidang akhbar itu.

Ini setelah dapat pengesahan dari pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia di Toulouse, Peranchis serpihan itu sah dari MH370.

Sekalipun sudah hilang 515 hari yang lampau sewaktu dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, nampaknya MH370 masih terus dekat di hati dengan ramai orang di seluruh dunia.

Serpihan sayap itu adalah bukti fisikal pertama yang ditemui dari MH370 sejak hilang pada 8 Mac 2014.

Cebisan kecil itu sudah tentu menjawab pelbagai spekulasi mengenai kehilangannya.

Terlampau banyak teori yang berlegar hinggakan ada kalangan keluarga 239 penumpang dan anak kapal yang belum mahu terima ‘kematian’ mereka.

Ini termasuk yang dikira tidak masuk akal kata MH370 dirampas dan disorok di sebuah kawasan terpencil dimana-mana.

Ada yang main tembak kata Amerika ‘ larikan’ MH370 ke kepulauan Diego Garcia kerana tujuan tertentu.

Jangan lupa ada yang kata ia ' terbang' ke alam lain.

Malah ada 'pakar penerbangan di media sosial' yang pertikai dan persenda bila Perdana Menteri tidak lama dulu secara rasmi umum bahawa penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Misteri kehilangan MH370 memang membingungkan berbanding kes MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai tidak lama selepas itu.

MH17 ada mayat,ada bangkai pesawat,ada kotak hitam,namun MH370 ghaib tanpa apa petanda.

Bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia menanti dan menanti jawapan atau cerita baru kepada misteri ini.

Atas sebab itu sejurus sidang akhbar Najib di PWTC…berita beliau mengesahkan serpihan sayap adalah MH370 ia terus menjadi tajuk utama di semua media utama dunia baik media cetak,portal juga stesyen televisten antarabangsa CNN,BBC,Aljazeera dan lain-lain.

Ia mengambarkan bagaimana besarnya berita MH370 sekalipun sudah 515 hari berlalu.

Penemuan serpihan sayap ini sudah tentu mencetuskan ‘semangat baru’ dalam usaha pencarian MH370 di Selatan Lautan Hindi yang terletak 4000 kilomiter dari Pulau Reuinon.

Sebelum ini berita usaha pencarian itu yang dipelopori oleh Australia semakin hari semakin tenggelam.

Perdana Menteri sudah menyatakan azam Malaysia untuk terus cari jawapan apa sebenar terjadi pada MH370.

Realitinya usaha ini bukan mudah.Lautan Selatan Hindi terlalu luas, ganas dan sangat dalam.

Ia mungkin makan masa berbulan dan mungkin bertahun-tahun lamanya.

Cuma yang pasti pasukan pencari dapat meneruskan usaha dengan penuh yakin dan fokus – setelah jelas terbukti dari penemuan serpihan sayap di Pulau Reunion bahawa penerbangan MH370 menang berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Kita sepatutnya tabik kepada kumpulan pakar yang dapat membuat analisis hanya berdasarkan pelbagai perkiraan teknikal saja, bahawa laluan akhir MH370 ialah mengarah ke situ bukan ke tempat lain. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment