Thursday, August 06, 2015
Serpihan MH370 : Ini Komen Kapten Nik
Satu ketika dulu... wajahnya sering tampil di kaca TV, memberikan
pandangan dan analisis terkini sebarang perkembangan mengenai MH370.
Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas ketua pilot MAS,
cukup berpengalaman dan ulasannya antara yang paling diminati pihak
media.
Berikutan pengesahan serpihan pertama MH370 yang dibuat Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak awal pagi Khamis, ramai yang nak tahu apa komen
Kempen Nik.
Menurut beliau penemuan serpihan itu adalah bukti fizikal pertama
pesawat tersebut sebenarnya terhempas di Lautan Hindi seperti yang
dijangka oleh pasukan mencari.
"Ia adalah bukti fizikal pertama dan jika dilihat daripada corak
pergerakan ombak di lautan, adalah tidak mustahil serpihan itu hanyut ke
pulau itu," kata bekas ketua juruterbang MAS itu kepada Bernama.
Katanya selepas pengesahan serpihan itu adalah sebahagian daripada
pesawat tersebut, pasukan siasatan harus membuat senarai inventori
bahagian pesawat Boeing 777 itu yang mungkin boleh hanyut.
"Dengan cara ini, pasukan siasatan pasti boleh mengenalpasti secara
pantas jika ada bahagian lain daripada pesawat itu yang ditemui penduduk
pulau tersebut," katanya.
Nik Ahmad berkata pasukan itu juga harus membuat model objek hanyut bagi
mencari laluan kemungkinan serpihan lain di lautan berkenaan.
"Mereka juga harus melakukan simulasi menggunakan komputer untuk cuba
mencari lokasi sebenar tempat ia terhempas di Lautan Hindi," katanya.
Bagi Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang juga Ketua Kajian dan
Inovasi Universiti Kuala Lumpur, tugas utama sekarang adalah untuk
mengesan lebih banyak serpihan dan kemungkinan untuk itu adalah tinggi
dengan penemuan itu.
"Langkah seterusnya pasti untuk menumpukan pencarian di sekitar
Madagascar dan Afrika kerana serpihan pesawat berkemungkinan besar
hanyut ke sana.
"Selain itu, lebih banyak ujian dan analisis perlu dibuat ke atas
serpihan itu untuk memastikan sama ada pesawat tersebut terhempas ke
laut atau terlebih dahulu meletup di udara," katanya.
Walaupun pengumuman Najib itu membongkar banyak soalan yang tidak
terjawab lebih daripada setahun, ia tetap memberi cabaran yang lebih
besar kepada penyiasat yang terlibat dalam misi pencarian ini.
Menurut Harridon, cabaran termasuk mencari keseluruhan pesawat yang
mungkin terbenam di dasar laut serta mengesan 239 mayat yang mungkin
bertaburan pasti satu tugas besar yang memerlukan kesungguhan daripada
pasukan mencari.
"Ia pasti sukar dan mencabar untuk pasukan mencari kerana untuk mengesan
serpihan adalah proses yang rumit kerana objek biasanya kecil,"
katanya.
Pesawat itu hilang 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut
China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan diberikan dari pesawat Boeing
777-200ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing pukul
6.30 pagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment