Thursday, August 06, 2015

Kisah Sebenar Di Sebalik Demo Depan Pejabat MB Perak

Ini sudah lebih. Setiap kali tak puas hati, mereka tunjuk kekuatan dan kedegilan dengan mengadakan demonstrasi. Macam yang dibuat di Sogo tempoh hari.

Tetapi cerita demonstrasi kali ini berlaku di Ipoh lebih-lebih lagi di hadapan pejabat Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Dulu semasa mereka meneroka tanah-tanah kerajaan, mereka menabur pelbagai janji. Bila kerajaan mahukan semula tanah-tanah  berkenaan, merek sanggup mengosongkan. Pendek kata mereka akan akur dengan kehendak kerajaan.

Namun hari ini lain pula ceritanya. Sekarang mereka membikin bising dengan menuduh kerajaan zalim dan aneka lagi alasan peribadi.

Malah mereka begitu sombong mendakwa tindakan mereka menyumbang kepada ekonomi negeri dengan membantu kerajaan mengusahakan dan menjadikan Perak sebuah hub pertanian. Ia membantu menambahkan jumlah hasil-hasil pertanian  di Perak.

Soalnya apakah mereka membayar cukai? Tanah yang diusahakan itu juga tidak dibayar cukai-cukai yang diperlukan. Malahan harga tanaman mereka dijual pada kadar harga pasaran bukannya harga berpatutan.

Tanyalah siapa sahaja harga sayur dan lain-lain hasil pertanian dan ternakan (seperti ikan) berada pada paras membimbangkan. Mana sumbangan mereka menurunkan harga barang- barang keperluan ini?

Jika benar dakwaan mereka sudah tentu harga barang-barang keperluan ini di negeri Perak khususnya jauh lebih murah berbanding harga di lain-lain negeri.

Untuk rekod juga selain perjuangan mereka melalui demonstrasi haram bagi menghalang usaha kerajaan negeri, mereka juga mendapat bantuan media (khusus media berbahasa Cina) dalam hal ini.

Sudah banyak kali media-media ini menyiarkan cerita dari kaca mata peneroka  haram.

Suara kerajaan serta hakikat tentang penerokaan haram itu jarang diberi ruang oleh pihak berkenaan.

Seperti disebut tadi, demonstrasi haram di depan pejabat MB itu seperti sudah lama dirancang. Mereka yang terlibat, kira-kira 100 orang, memakai baju-t sama ada berwarna merah atau hijau dengan tertera pelbagai tulisan.

 Seorang wartawan tempatan menggambarkan kawasan perkarangan hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menjadi venue demonstrasi itu “ ibarat sebuah 'pasar tani.'

Sejak jam 10 pagi lagi mereka yang terlibat  memasang payung gerai dan melonggokkan pelbagai produk pertanian seperti sayur-sayuran, jagung dan ikan.

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpaksa berdepan kerenah mereka. Akibatnya  berlaku gangguan lalu lintas menyebabkan trafik jam di sekitar Jalan Istana. Hal ini diakui MB Perak sendiri.

Difahamkan mereka mewakili  24 kawasan (100 orang sahaja) di mana tanah-tanah kerajaan yang diteroka seperti berlaku di Batu Gajah, Chemor, Malim Nawar, Sungai Siput dan Tronoh.

Dua tokoh pembangkang hadir dalam demonstrasi itu iaitu Nizar Jamaluddin dan ahli parlimen Sungai Siput Dr.D.Jeyakumar. Faham-fahamlah kalau bukannya meraih sokongan menjelang PRU ke14 beberapa tahun lagi.

Sedang media membuat liputan, kedengaran pekikan dari kumpulan peneroka haram ini” 'turun MB' 'turun MB'. Mereka terlupa MB ketika itu mempengerusikan mesyuarat EXCO. Seolah-olah nasib mereka lebih penting dari nasib rakyat Perak.

Mereka berkeras meminta menemui Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir. Mereka tahu MB ketika itu sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO tetapi tetap mendesak.

Hal ini disahkan sendiri K Kunasekaran selaku, Penyelaras Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Negeri Perak. Katanya tujuan demonstrasi bagi memohon satu tarikh temujanji secara bertulis untuk menemui MB.

Seorang wartawan membisik kepada rakannya:mengapa tak guna saluran yang betul. . . . mengapa perlu berdemonstrasi bagi memperoleh jemu janji?

"Mengapa MB Perak tidak mahu berjumpa dengan kami, golongan petani dan penternak kami ingin tahu sebabnya. Sedangkan kami  difahamkan Perdana Menteri mengarahkannya (MB) berbincang  (dengan kami) perkara ini,"katanya.

Menjelang waktu 12 tengah hari, jumlah yang dikesan tidak lagi ramai seperti beberapa jam sebelum itu.

Orang ramai sudah tidak memberi “muka” kerana selain mereka pergi mencari makanan di restoren berdekatan, ramai juga sudah jemu melihat gelagat peneroka haram ini.

Sementara itu pihak polis mengesahkan menahan seramai 39 orang yang terlibat dengan demonstrasi itu.

Lebih mengejutkan ialah, menurut Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan, ialah ada peneroka bertindak  memecah masuk pintu pagar Bangunan SUK.

Mereka yang ditahan itu dipercayai dari Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Negeri Perak.

“Seramai 39 orang telah ditangkap iaitu melibatkan 35 lelaki dan 4 wanita,” katanya.

Seeorang lagi wakil peneroka, Michael Fong Hock Chon, bantahan itu diadakan berikutan pengusiran kebanyakkan petani daripada tanah projek Amanjaya di Tronoh mengakibatkan mereka kehilangan punca pendapatan.

“Kami adalah petani dan ini sumber pencarian kami kenapa Menteri Besar enggan berjumpa kami,” tanyanya lagi.

Menurut Hasnan lagi, mereka ditahan dibawa ke Balai Sungai Senam bagi tujuan siasatan lanjut dibawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Bagi Dr.Zambry, kekeciwaan sesuatu yang sukar beliau gambarkan. “Sudah berapa kali mereka demonstrasi begitu …apa yang perlu saya lakukan apabila ianya menjadi sebahagian daripada aktiviti mereka.”

Katanya perbuatan mereka telah mengganggu laluan awam dan mereka seolah-olah bertindak bagi mengambarkan kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib dan kebajikan para petani.

“Mereka ingin menunjukkan pada dunia kerajaan tidak membantu para petani dan banyak yang kita telah lakukan kepada para petani,” katanya.

Kerajaan negeri kata MB lagi,  telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada pihak petani dan langkah demonstrasi sebegitu bukannya jalan terbaik.“Jangan mengugut saya kerana saya tidak terkesan dengannya ,” katanya.

MB berkata beliau mempunyai statistik jumlah bantuan kepada petani di seluruh Perak bagi membuktikan golongan ini tidak pernah dipinggirkan.

Untuk rekod Setiusaha Sulit Kanan MB Zulkifli Abdullah dilihat berbincang dengan dengan wakil peneroka manakala difahamkan, satu tarikh akan dipersetujui kelak bagi mengadakan majlis temujanji dengan MB. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment