Thursday, August 06, 2015

Kenapa Tak Buat Solat Hajat Masa Tahan Pegawai Kastam?

sprm sumpah
EDITOR MENULIS...
6 OGOS 2015

Sebelum ini mereka teruk dikecam. Sebelum ini mereka teruk dilanyak. Mereka dikatakan ‘makan suap’. Mereka dikatakan hanya ‘menangkap bilis’. Mereka dituduh ‘anjing kerajaan BN’. Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada mereka. Itu yang berlaku sebelum ini.

Namun kini segalanya telah berubah 360 darjah. Mereka kini disanjung. Mereka kini disokong padu. Mereka kini dipuji oleh golongan yang sebelum ini bermati-matian mencemar kreadibiliti mereka. Merekalah ‘superhero’, merekalah yang paling telus dan berintegriti…

Itulah perkembangan terkini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebuah badan yang sememangnya dari dulu bebas dan hingga kini masih bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak di negara itu.

Hanya kerana membuat solat hajat kerana tertekan dengan serbuan dan terpaksa bersoal jawab dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), SPRM terkedu dan seolah tidak faham dengan tanggungjawab serta kewajipan pihak berkuasa lain untuk menyiasat para pegawai mereka.

Jika dulu ketika kes Teoh Beng Hock yang menyaksikan SPRM diburukkan siang dan malam, kini segalanya berubah apabila PDRM menahan para pegawai mereka meskipun hanyalah untuk tujuan membantu siasatan.
macc-sarbaini-teoh
Beberapa rakan saya mempersoal, apakah salah PDRM untuk menyiasat para pegawai SPRM? Pada pandangan saya, para pegawai SPRM bukanlah maksum untuk tidak disentuh. Malah, saya percaya dengan keterangan dari para pegawai SPRM, maklumat yang diberi mampu membantu PDRM untuk menyelesaikan kes yang disiasat.

Justeru itu, apa salahnya SPRM dan para pegawainya memberi kerjasama dalam isu ini? 

Mengapa pula bila ditahan pihak PDRM, maka tiba-tiba saja SPRM melatah dan rasa tertekan dengan tindakan tersebut.

Saya tertanya-tanya, ketika mana SPRM sebelum ini menahan ramai pihak seperti para pegawai PDRM, pegawai Kastam DiRaja Malaysia, pemimpin politik dan banyak lagi agensi serta jabatan lain, apakah SPRM berhadapan dengan tekanan serupa?

Sebagai contoh, ketika SPRM menahan mendiang Teoh Beng Hock dan Allahyarham Sarbani dahulu, kenapa SPRM tidak menganjurkan solat hajat pun ketika itu? Sebab yang ditahan itu bukan pegawai SPRM, maka tiada solat hajat dibuat? Jika pegawai SPRM ditahan, maka barulah SPRM buat solat hajat?

Ketika Teoh Beng Hock disiasat dulu, Zairil Khir Johari atau Dyana Sofya tidak pun melakukan solat hajat. Ketika para pegawai Kastam ditahan SPRM dulu, tiada pula pihak Kastam melakukan solat hajat. Dan yang paling utama, tidak pula Ketua Pengarah Kastam ketika itu berikrar untuk mencari ‘dalang SPRM’ yang melakukan penahanan tersebut, bukan?

Jika pihak lain yang ditahan SPRM sebelum ini memberikan kerjasama dalam membantu siasatan para pegawai SPRM, mengapa pula SPRM terlalu emosi dan mengada-ngada untuk ‘mengugut’ pihak PDRM sebegitu rupa? Kenapa tidak berikan kerjasama sepenuhnya?
anwar-sembah
SPRM perlu tahu bahawa sehingga kini, saya belum pernah lagi sangsi dengan kredibiliti SPRM. Sama ada bagi kes Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani dan lain-lain kes ‘high profile’, termasuk kes yang sedang disiasat SPRM sekarang yang melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun begitu, jika siasatan PDRM itu melibatkan nama-nama pegawai SPRM, apakah ia perlu dibiarkan sahaja dan PDRM perlu tutup mata? Jika seorang yang berstatus Perdana Menteri pun disiasat, dipanggil dan pernah diheret ke mahkamah, apakah mereka yang bekerja dengan SPRM tidak boleh disentuh mana-mana pihak?

Sudahlah. SPRM tidak perlu beremosi sangat. Saya yakin tiada seorang pun pegawai atau mana-mana pihak yang tidur dalam lubang cacing. Dan saya juga percaya, penahanan beberapa pegawai SPRM itu dibuat atas dasar prosedur siasatan biasa. Yang SPRM nak terasa sangat itu, kenapa?

Dia tahan orang boleh, tidak perlu buat solat hajat atau cari dalang hingga ke lubang cacing. Tapi bila pihak berkuasa lain tahan dia, dia terus buat solat hajat dan mahu cari dalang hingga ke lubang cacing. Rasanya cacing pun tidak bersikap mengada-ngada begitu, kan?

Disediakan oleh :
http://2.bp.blogspot.com/-KE37VuDycns/VHazhA5d7zI/AAAAAAAA-io/X91kxlBBXzA/s1600/Ketua%2BPenerangan%2BPemuda%2BUmno%2BNegeri%2BSembilan%2BShamsul%2BAmri%2BMohd%2BKamal.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment