Thursday, August 06, 2015

Video Muhyiddin Menari Jadi Viral..

Hamboihhhh….sporting habis rupanya bekas Timbalan Perdana Menteri kita ni sebenarnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Comel je bila tengok telatah cucu-cucu dan gelagat bekas TPM berjoget bersama.

Tak sangka pulak rupa-rupanya pandai jugak noh TS Muhyiddin ni berjoget hahaaa. Mangalahkan orang muda haaa kikikii…tapi takde salahnya sorang datuk melayan karendah cucu-cucunya.

Iyela bila lagi kan nak luangkan masa dengan cucu-cucu, selalu asyik busy je dengan kerja, time semua orang berkumpul macam ni la nak seronok pun.

Video datuk cucu berjoget lagu Watch me dari penyanyi Silento ni mendapat perhatian pengguna laman sosial dan menjadi viral selepas salah sorang cucunya, Adlan Berhan memuatnaik di laman sosial.

Sweet je kan tengok beliau berjoget hahaa! Kelakar pun ada tapi untung dapat family yang sporting camni baru bestttt.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment