Sunday, August 09, 2015
Khairuddin Sifatkan Guan Eng Ada Penyakit 'Gatal Mulut'... Baru Tahu Ke Atau Lebih Daripada Itu Lagi...?
SHAH ALAM : Sikap DAP yang berterusan menyerang Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang mengundang reaksi kurang senang pemimpin tertinggi
parti itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali at-Takiri menyelar Lim Guan Eng dan menyifatkan beliau
sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius ekoran terus
melakukan provokasi.
"Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guang Eng yang berterusan
melakukan provokasi terhadap Presiden PAS menggambarkan akhlak rendah
yang dimiliki oleh mereka.
"Bagi saya, sememangnya LGE sedang berhadapan dengan penyakit politik
yang serius iaitu penyakit "gatal mulut"," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berkata jika Hadi terus
mempertahankan Najib, ia jelas menunjukkan PAS telah kehilangan
kredibiliti dalam membanteras rasuah.
Guan Eng berkata Hadi kini pro- UMNO kerana banyak 'menyokong' Najib dalam isu berkaitan 1Malasyia Development Berhad (1MDB).
Malah Khairuddin yakin bahawa DAP bukanlah parti yang boleh diharapkan rakyat Malaysia untuk mentadbir Putrajaya kelak.
"Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan PAS memutuskan hubungan politik
dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.
"Dalam masa yang sama DAP juga bukan harapan rakyat. Menggantungkan
harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara
ke lembah kehancuran," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala
Nerus.
Beliau turut menyeru supaya rakyat Malaysia bersama-sama dengan PAS
untuk membina politik baru yang lebih matang dan stabil demi
kesejahteraan negara.
Selain meminta orang ramai 'mengajar' DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
"Sampai masa rakyat Malaysia pelbagai kaum bersama dengan PAS bagi
melakar politik baru yang lebih stabil, adil, berakhlak dan
berkebajikan.
"Tinggalkan DAP dan UMNO. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli
politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP dan UMNO.
"PRU ke-14 akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai
kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik khususnya di
Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment