Tuesday, August 04, 2015
Panasss!!! Kerabat Diraja Terengganu Umum Keluar PAS..Pasal Apa Plak?
3 Ogos 2015, Kuala Terengganu : Tengku Ibrahim Ismail yang menyertai PAS pada
2012 bertindak keluar dari parti itu dengan menyifatkan parti Islam
tersebut "telah hilang arah".
Tengku Ibrahim yang merupakan ahli biasa PAS dan bapa saudara kepada
Sultan Terengganu berkata, keputusannya untuk keluar dari parti
berkenaan berikutan perbalahan dalaman parti dan konflik dengan
sekutunya, PKR dan DAP.
"Ideologi parti politik di Malaysia, terutama PAS, sudah hilang arah.
Ketika Umno dan parti-parti politik lain tidak melakukan dengan baik,
PAS gagal untuk mengambil kesempatan terhadap keadaan itu.
"Malah, ia terperangkap dalam konflik dan perbalagan dalaman antara
sekutunya sendiri. Ia gagal untuk merampas peluang bagi memperkukuhkan
parti," katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu Buruk.
Tengku Ibrahim berkata, PAS menunjukkan sikap tidak matangnya apabila ia
mengatakan bahawa akan berdiri sendiri tanpa sokongan parti sekutunya,
"Saya percaya kepimpinan tertinggi dalam PAS telah hilang arah dan
keazamannya untuk memperkukuhkan parti menerusi ketegangan antara pihak
ulama dan golongan profesional," katanya.
Menurut Tengku Ibrahim, beliau akan menunggu keadaan iklim politik sebelum memutuskan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment