Sunday, August 09, 2015
Pertukaran Dua Pengarah SPRM: "Terkejut Tapi Akur" - Rohaizad Padan Mukanya...
PETALING JAYA : "Terkejut...tapi saya akur dengan perintah ini." Itulah
reaksi spontan Pengarah Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Rohaizad Yaakob apabila ditanya mengenai
pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berkuatkuasa
serta merta.
Pegawai berusia 54 tahun ini berkata, beliau menerima perintah pertukarannya itu dengan terbuka.
"Ini kerana saya anggap saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya sebagai pegawai perkhidmatan awam sebaik mungkin.
"Dan sebagai penjawat awam yang setia kepada kerajaan, saya patuh arahan
pengurusan tertinggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Difahamkan, Rohaizad menerima surat pertukarannya yang ditandatangani
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Mohamad Zainal.
Surat itu disampaikan melalui Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali, petang Jumaat.
Sementara itu satu sumber lain memberitahu mStar Online bahawa surat itu
menyebut, Rohaizad diarah bertukar ke Bahagian Pentadbiran JPM kerana
bertindak di luar batasan sebagai seorang penjawat awam.
"Kunjungan wakil pembangkang yang memberi sokongan kepada SPRM serta
video Rohaizad bersalaman dengan kumpulan berkenaan yang tersebar
menjadi punca beliau ditukarkan ke JPM," kata sumber itu lagi.
Selain Rohaizad, turut ditukarkan ke JPM dalah Pengarah Bahagian Operasi
Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin yang beberapa hari lalu disiasat
oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Mengenai Bahri, tambah sumber berkenaan, beberapa kenyataannya kepada
media kebelakangan ini menjadi sebab pegawai Jusa B itu dikenakan
tindakan pertukaran serta merta.
Kenyataan Bahri yang terakhir ialah beliau berazam dan nekad akan
mencari siapakah yang menjadi 'tangan yang tersembunyi' yang mengarahkan
pegawai-pegawai SPRM disiasat kerana membocorkan maklumat hasil
siasatan ke atas 1MDB dan isu yang berkaitan dengannya.
Kata sumber itu lagi, kedua-dua pegawai kanan SPRM itu akan melapor diri di pejabat baru mereka Isnin depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment