Sunday, August 09, 2015
PM Larang Sebarang Tindakan Terhadap Muhyiddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
melarang sebarang tindakan diambil ahli parti itu terhadap Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebaik sahaja beliau digugurkan daripada jawatan
Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan
perkara itu berkata, larangan itu dibuat Najib semasa mengadakan
perjumpaan tertutup dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri
di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana tiga hari selepas
rombakan Kabinet tersebut dibuat.
Malah, kata Zambry, dalam pertemuan itu Perdana Menteri juga
berkali-kali berpesan supaya semua pihak menghormati Muhyiddin yang
masih merupakan Timbalan Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti
tersebut.
“Bila berlaku krisis itu, adalah suara-suara yang nak suruh Tan Sri
Muhyiddin itu, ini. Pecatlah. Tapi Perdana Menteri (Najib) kata jangan.
“Sedangkan mungkin dari segi pentadbiran mereka ada masalah, jadi
patutnya beliau (Najib) boleh cari macam-macam. Tapi tindakannya (Najib)
lain, dia pesan supaya semua hormat kepada Muhyiddin kerana dia masih
orang besar dalam parti dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri,”
katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment