Sunday, August 09, 2015
Saya Sedia Bentang Akaun UMNO - Najib
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan
akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga
turut melakukan tindakan yang sama.
Perdana Menteri berkata, tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.
Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.
“Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang
dilakukan. Saya juga berusaha untuk membawa parti kita ke peringkat yang
lebih baik,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Mesyuarat
Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri
di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO
Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.
Dipetik daripada sumber : UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment