
Sunday, August 09, 2015
Tohmahan Berterusan Terhadap Najib Agenda Untuk Hancurkan UMNO
9 Ogos 2015, Bera : Tohmahan dan fitnah berterusan yang dilemparkan oleh
pembangkang terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri
Najib Tun Razak adalah agenda untuk melemahkan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,
tindakan ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu serta pembangkang
setelah usaha mereka untuk menghancurkan parti dengan melakukan serangan
kepada keluarga Najib sebelum ini gagal.
“Mereka ini nak hancurkan UMNO, nak tunjuk presiden (Najib) lemah,
dahulu mereka cuba ‘serang’ keluarga Najib, tetapi tidak berjaya.
“Kini, apabila usaha itu tidak menjadi, presiden pula yang menjadi
sasaran dan kita pula dibuai-buai dengan berita yang disiarkan dalam
media sosial tanpa diketahui kesahihannya,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika
berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Kompleks
Rakan Muda, di sini, hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Bera yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir.
Sehubungan itu, Tengku Adnan menyeru semua anggota dan pemimpin
supaya terus tetap pertahankan presiden parti kerana ia penting untuk
mengelakkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) lemah dan hancur.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru semua anggota parti supaya
kembali menghayati slogan UMNO iaitu ‘Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat’
bagi memperkukuhkan kembali parti.
“Tunjukkan ini (bersatu, bersedia, berkhidmat) adalah cara kita,
bukannya cantas-mencantas dan cah keting. Depan cakap lain, belakang
cakap lain,” katanya.
Beliau juga menggesa anggota UMNO supaya mengubah sikap daripada suka
berkhidmat untuk diri sendiri kepada berkhidmat untuk rakyat
sebagaimana yang dituntut oleh parti.
Katanya, jika ini dipatuhi, sudah pasti parti itu akan kembali menerima kepercayaan daripada rakyat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment