Monday, June 06, 2016

Buatlah Yang Terbaik.... Semangat Arwah Bapa Iringi Kempen Untuk Ibu

KUALA KANGSAR : "Insya-Allah, emak saya akan teruskan perjuangan ayah untuk parti

Itulah kata-kata yang sering diungkapkan Wan Emir Astar, 26, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Abd Yazid untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, setiap kali bertemu penduduk di kawasan berkenaan.

Anak muda yang menggalas tanggungjawab besar itu sedar akan kekangan ibunya yang masih dalam edah selepas kematian bapanya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Biarpun raut wajahnya masih bersedih atas kehilangan itu, namun senyumannya tetap terukir.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment