Sunday, December 18, 2011

BR1M: Pembangkang Sedia Nak Sabotaj Habis-Habisan

December 15, 2011

br1m

INI maklumat yang penulis baru terima, pembangkang akan sabotaj habis-habis Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Tapi jangan silap, yang jual borang BR1M bukan sangat berkenaan sabotaj pembangkang tapi usaha nak cari duit lebih oleh pembangang. Dia bukan jual borang tapi perkhidmatan untuk yang memerlukan.


Pendek kata ada puak yang nak ambik kesempatan jadi konsultan free lance dalam hal BR1M – tolong isi borang, fotokopi IC dan hantarkan kemudian charge pelanggan bila wang bantuan dah diterima.


Yang penulis nak ceritakan hari ini lain, ini benar-benar usaha terancang oleh pembangkang untuk sabota BR1M


Dari maklumat yang penulis dapat, pembangkang sudah letak lebih dari 50 orang dari kalangan depa untuk sabotaj BR1M. Setiap satu diantara mereka ini ada masalah sendiri, ada yang basic gaji layak tapi gaji kasar tak layak, ada yang memang tak layak, ada yang cukup-cukup layak, ada yang layak tapi bila dicampur gaji isteri jadi tak layak dan sebagainya.


Pembangkang sasar, dari kalangan 50 orang ini akan timbul masalah yang mana confirm akan timbul masalah punya sebab latar belakang depa masing-masing yang tak cukup syarat tapi masih pohon BR1M. Sebaik saja permohonan dari mana-mana 50 orang ini dilulus atau ditolak, jentera dan media pembangkang akan habis-habisan main kan isu, mengambil kesempatan daripada jentera penerangan kerajaan yang sedikit perlahan, lembap lah senang cakap.


Yang sebetulnya bukan lembap tapi ambil masa untuk periksa dan sahkan dakwaan serta sediakan jawapan.


Itupun jangan ingat boleh selesai masalah, dah bagi jawapan pun depa akan kemuka tuduhan baru. Ini cakap pasal masalah 50 orang, dapat salah, tak dapat pun salah nanti dibuatnya, so bersedia. Modus operandi yang sama setiap kali, bila nak ada penghujung pun tak tahulah.


Tapi ruang dan peluang sementara menunggu jabatan berkenaan jawab itu akan digunakan pembangkang untuk cemar BR1M, dalam masa yang sama beri imej yang buruk kepada kerajaan, tolong tak ikhlaslah, utamakan kroni, utamakan ahli BN/UMNO dan sebagainya.


Dari pemerhatian penulis, buat permulaan ini sudah ada laman web pembangkang yang seru penyokongnya tidak terima BR1M kerana itu modal pilihanraya BN, tapi percayalah, yang baca boleh baca sajalah tapi borangnya isi juga. Pembangkang selama ni kenyang minum air liur Anwar, janji sana janji sini tapi haram apa pun tak terlaksana, jadi bila ada peluang duit, pedulikanlah sama Anwar.


Yang penting sapu dulu.


Maklumat ini harap dapat sediakan agensi-agensi mana yang berkenaan. Tak payah tunggu seminggu untuk balas kecaman, setiap permohonan yang bakal ditolak perlu disertai dengan jawapan. Garis panduan yang jelas disediakan dan pegawai yang menguruskan itu mesti bebas politik kepartian, dia nak mengundi siapa dia punya hal tapi mesti 100% bebas dari politik kepartian, lebih lagi kepartian pembangkang.


Pembangkang sudah terdesak untuk lawan kecemerlangan BN. Bantuan politik ka apa ka yang depa nak gambarkan BR1M, itu tidaklah sangat dipedulikan rakyat, sama macam air percuma 20m3 pertama di Selangor, itu pun sebenarnya ada motif politik, bukan ikhlas nak berkongsi kekayaan dengan rakyat.


Oleh tu semua benda pun depa akan sabotaj. Macam dalam hal Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain lagi kebaikan kerajaan yang dipolitikkan. Tapi macam kes Air Asia dulu juga, apa orang peduli pasal pramugari expired dan makanan kena beli, yang penting murah dan boleh cepat sampai ke destinasi.


Itu Air Asia, penerbangan, yang ini bantuan wang dari kerajaan kepada rakyatnya yang memerlukan, apa yang lebih baik dari itu?


Jadi bila BR1M dipolitikkan nanti janganlah terperanjat, cuma ingat satu perkara yang ia memang sudah diprogram dan rancang sedemikian rupa oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan. Kita semua ambil kesepakatan ini sudahlah, dengar boleh percaya jangan.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment