SETELAH terkedu semalam bila dibawa menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak, Guan Eng dan macainya mengatur gerak kerja tindak balas untuk menutup penipuan yang dilontar sebelum ini oleh kalangan ahli Parlimen pakatan haram terutama sekali Nurul Izzah dan Tony Pua (dari DAP sendiri).
Antara alasan terawal yang digunakan ialah yang dipertikaikan ialah KD Tunku Abd Rahman, bukan KD Tun Razak.
Penulis melihat usaha ini kelihatannya dangkal kerana pertama, tidak peduli mana satu pun kedua kapal ini adalah dari jenis yang sama dan kelas yang sama. Jenis Scorpene dan Kelas Perdana Menteri. Itu bermaksud, sistem, keupayaan dan persenjataan keduanya adalah sama. Kalau KD Tunku Abd Rahman boleh menembak torpedo secara salvo, maka KD Tun Abd Razak juga boleh.
Dan paling penting sekali, mana-mana kapal selam pun memang boleh menyelam!!! Pedulilah apa kelas dan jenis sekalipun. KD Tunku Abd Rahman bukan setakat boleh menyelam, malah dah berjaya melancarkan missile SM-39 Block 2 yang hanya boleh ditembak DARI DALAM AIR, beritanya disini. Itu saja dah membuktikan bahawa KD Tunku Abd Rahman memang boleh menyelam, sama ada pembangkang naik ke atasnya atau tidak.
Lagipun, kapal KD Tun Abd Razak yang terbaru dari kelasnya, bagi naik kapal baru pun nak bising juga? Apa punya bebal lah kau Guan Eng.
Kebodohan ini yang mencanak-canak naik dalam pembangkang terutama sejak pilihanraya 2008 berakhir. Sudah banyak diterang dan dijelaskan, dalam parlimen, luar parlimen pun masih tidak mahu faham. Itu menunjukkan pembangkang di Malaysia memang tidak berakal, setaraf dengan budak-budak tadika. 10 kali cakap pun tak faham juga.
Sehinggalah dibawa sendiri menyelam dengan kapal selam ni baru nak percaya, itupun mengelak-mengelak dari menjawab soalan yang boleh jerat diri sendiri.
Hal yang sama juga diguna pakai dalam soal-soal yang lain, contohnya National Fedlot Corporation (NFC) dan Lynas. Semua pun guna modus operandi yang sama, apa pun jawapan akan dipusingkan atau ditimbulkan persoalan baru. Dalam kes Lynas lagu teruk, ia sudah sampai ke tahap, “betul macam mana punlah faktanya (termasuk fakta dari MP PAS sendiri), kami tetap taknak terima sebab kami memang tak terima!!!”,
Begitulah. Modus operandi yang sama diguna pakai setiap kali, tak tahu bila sudahnya.
Balik pada kapal selam tadi, ini yang penulis katakan, pembangkang tidak minat dengan jawapan, dia hanya minat dengan pembohongan berterusan. Kata kapal selam tak boleh menyelam, kita bawak dia menyelam dengannya, dia kata pulak itu bukan jenis yang dipertikaikan. Jadi marilah kita tanyakan diri sendiri, apa sebenarnya yang pembangkang ini hendak?
Adakala penulis sendiri rasa letih nak bersoal jawab dengan orang akal separuh tiang macam pembangkang ni ya tapi ini kewajipan penulis sebab yang bakal membaca dan melihat semua perkara ialah pengundi atas pagar. Mana yang dah totok pembangkang, itu dah ‘gone case’, zombie, walking dead dan sebagainya, buat apa pun dia akan tetap macam itu.
Mengenangkan itu saja penulis rasa bersemangat, kalau tidak, entahla.
Tapi penulis harap selepas ini jangan pulak Guan Eng mendedahkan semua sistem kapal selam kepada Singapork ya. Ini bukan boleh percaya sangat, pemimpin DAP ni, kesetiaan kepada negara sendiri memang senantiasa dipersoalkan. Kalau dah bendera negara ni pun nak ditukarkannya, apatah lagi yang lain.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment