December 10, 2011
PENULIS tak rasa pada 1990 ketika orang Kelantan bagi 100% kemenangan kepada PAS, akan terbayang pada 2011 ini masih ada lagi di antara mereka yang duduk sebumbung dengan kambing!! Penulis tak tahu apa masalahnya tapi itulah yang dilapor dalam Berita Harian semalam dan Buletin Utama TV3 sebentar tadi.
Penulis rasa kambing itu diletak didapur rumah kerana pemilik rumah tiada wang untuk membina kandang kambing. Penulis boleh faham kalau ayam dan burung duduk dalam rumah tapi kambing?
Ini yang balaci banggakan sangat dengan PAS tu ya. 21 tahun memerintah, air keruh, masjid 1, rakyat duduk serumah dengan kambing. Sama ada bodoh ataupun dah terlalu terlalai dengan kehebatan ‘aura’ Nik Aziz yang sebenarnya palsu. Gaya cakap memang hebat, zalim dan kejam saja kalau bercakap tentang UMNO/BN, tapi ingat seingat ingatnya dalam negeri yang diperintah BN, takde orang yang duduk dengan kambing!!!
Sebab itu penulis cakap, macam mana besar gebangnya sekalipun tetap diakhir nanti rakyat akan memilih BN. Apa yang 2008 itu suatu keadaan yang luar biasa, keadaan sama pernah berlaku pada 1969. Dalam keadaan biasa, tetap BN jugaklah pilihan.
Hanya pembangkang saja yang rasa terseksa duduk di Malaysia ini, semua benda pun pada matanya zalim. Tanpa sedar, depa sendiri membina kekayaan peribadi – kalau tak kaya pun taklah duduk sebumbung dengan kambing!! Itu sudah pasti.
Ini masalah. Nik Aziz memang pandai, dia biarkan negeri itu mundur supaya yang muda-muda dan celik ilmu ni berhijrah ke luar dan untuk mereka yang tinggal, Nik Aziz menekankan soal pembangunan ‘rohaniah’ Macam mana nak ukur ‘rohaniah’? Dari keruhnya air ke?
Sekarang Pakatan cakap hebatkan? Semua benda pun dia boleh ubah jadi senang, jadi murah kalau pilih dia jadi pemerintah. Apa kata mulakan di Kelantan, kita nak tengok dalam tempoh 100 hari dari sekarang FDI di Kelantan masuk billion billion, takde lagi penghijrahan besar-besar, tua muda semua duduk dalam negeri tersebut.
Semua daerah dapat bekalan air bersih 100% jernih, dan paling penting tidak ada sesiapa duduk sebumbung dengan kambing. Agaknya boleh? Cakap besar macam mana kalau Kelantan 21 tahun pun tak boleh nak ubah apa-apa, lagi mau cerita pasal Malaysia yang lebih luas ni ke?
Toksah percayalah gebang hampas-hampas ni semua, depa cakap saja besar. Penulis tak kisah kalau kita cerita pasal orang asli tapi ini berlaku dalam kawasan kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa.
Orang PAS mana yang baca Harakah memang tak akan jumpa berita ini sebab Harakah bukan akhbar untuk semua tapi akhbar politik PAS dan hanya akan cerita yang baik-baik pasal PAS. Harakah lebih sanggup ukur miskin maju negara dibawah pemerintahan BN daripada bercakap tentang kelemahan sendiri.
Serius penulis cakap ni, orang Kelantan sampai bila nak gantung pada doa Nik Aziz saja? Dia ke hulu ke hilir naik Mercedez, rakyat dibiar duduk dengan kambing. Air pun tak boleh nak sediakan lagi mau gebang pasal kebajikan?
Pilihlah BN, insya Allah selesai masalah. Bukti dah banyak dah..
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment