Sunday, December 18, 2011

Produk KR1M Selamat, Mana Kau Nak Lari Tony?

1323428213760



KEMENTERIAN Kesihatan semalam sudah mengesahkan bahawa beberapa produk makanan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) selamat untuk digunakan dan dimakan oleh rakyat sekaligus menafikan pembohongan dan putar belit yang dimainkan Tony Pua dan pasangan duetnya Nurul Izzah.


Kalau ada pun yang ditarik balik sebelum ini, itu disebabkan oleh masalah label, bukan masalah bahaya tak bahaya.


Penulis tidak mahu cakap banyak pasal Nurul Izzah sebab hanya membuang masa penulis untuk sekali lagi mempromosikannya sebagai penipu. Sekarang ini, bukak mulut saja, orang dah tau yang Nurul Izzah pembohong sebab dah terlalu banyak sampai tak terkira pembohongan yang dah disebarkannya sebelum ini – dari kapal selam sampailah kepada kualiti barang.


Penulis hari ini nak beri perhatian kepada si Tony, The Government Servant Reducer. Dia ni sering sahaja terlepas dari kecaman walaupun sering kali juga mengeluarkan kenyataan bersifat rasis. Dulu nak kurangkan subsidi perumahan bumiputera, lepas tu nak kurangkan kakitangan awam (majoriti orang melayu).


Ramai tak perasan atau tak tahu, apabila si rasis Tony Pua dari parti DAP ini menjadikan KR1M sebagai subjek serangan, dia sebenarnya sedang melindungi peniaga runcit Cina yang jelas terjejas dengan potongan harga murah yang dibuat KR1M. Sudahlah murah, barangan-barangan yang dijual pula adalah barangan yang sememangnya diketahui menjadi kegunaan seharian pengguna domestik.


Hanya kerana KR1M baru bermula dan tidak banyak lagi cawangan, itu sahaja yang memisahkan golongan peniaga Cina ini dengan kerugian dan kehilangan pelanggan. Maka itu, DAP sebagai parti rasis Cina rasa perlu bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan peniaga Cina ini dengan menyebarkan berita palsu tentang produk-produk makanan KR1M sebelum keadaan benar-benar terlambat.


Kalangan peniaga Cina ini takut nasib yang menimpa klinik-klinik swasta selepas pengenalan Klinik 1Malaysia juga akan menimpa mereka.


Penulis dapat maklumat dari sumber dalaman yang mengatakan bahawa dekat-dekat nak pilihanraya Umum ke 13 nanti, semua harga barangan keperluan akan melonjak harganya di pasaran.


“Ini adalah satu bentuk sabotaj oleh peniaga Cina yang menjadi pak dalang disebalik operasi DAP untuk mensabotaj ekonomi negara dan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan”, katanya lagi.


Bagi mewajarkan langkah menaikkan harga barang ini, PAS dan PKR akan memainkan peranan dengan mencetuskan rusuhan dan demonstrasi jalanan atas apa pun isu, paling tidak berkaitan dengan proses pilihanraya yang pada mereka masih tidak telus walaupun kesemua 10 cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen telah diterima SPR. Kononnya berlaku pembelian panik sebab keadaan tidak aman.


Setakat mana maklumat ini benar, penulis sendiri tidak pasti tapi sumber yang menyatakan perkara ini kepada penulis adalah sumber yang sahih dan boleh dipercayai.


Tapi dari satu sudut pula, maklumat itu adalah selari dengan serangan bertali arus DAP melalui Tony Pua ke atas produk KR1M. Penulis tidak nampak sebab lain kenapa Tony dan DAP hendak menjaja berita palsu dan bohong berhubung keselamatan produk KR1M melainkan sebab di atas.


Tambahan pula, kegagalan Tony menamakan makmal mana yang membuat analisa sehingga dia berani menuduh produk KR1M sebagai bahaya juga menguatkan curiga penulis memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Tony dan pendedahannya, itu satu.


Kedua, Anwar diketahui sering mengadakan pertemuan dengan peniaga Cina, terbaru minggu sudah di Selangor. Anwar sudah acap kali beri gambaran bahawa hanya kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinannya yang mampu menurunkan harga barang. Dimana Anwar beroleh keyakinan itu kalau bukan sudah ada pihak yang memberikan jaminan tersebut kepadanya!!


Anwar seperti yang kita tahu sanggup buat apa sahaja untuk memastikan hasratnya tercapai walaupun menganiaya rakyat dalam proses itu.


Penulis tidak bercakap ini dari sudut racialisme, penulis bercakap dari sudut sabotaj. Kalau sabotaj itu melibatkan kelompok dan kaum tertentu, dah nak buat macam mana?


Ini kerana umum mengetahui pihak mana yang menguasai ekonomi negara kita. Penguasaan terlalu lama ini telah mewujudkan rangkaian-rangkaian pengedar, pemborong dan pengimport yang kuat dan boleh berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Penulis percaya bukan semuanya yang terlibat pun cuma segelintir atau sebilangan, kalau tak separuh.


Penulis yakin kerajaan telah lama menyedari masalah ini kerana ia begitu memberi kesan kepada kehidupan masyarakat terutama di bandar. Tapi kerana keengganan peniaga Cina yang dimaksudkan ini bekerjasama dengan kerajaan dalam hal kawalan harga barangan, maka kerajaan terpaksa mengambil tindakan segera untuk menyekat kenaikan ini dari terus berleluasa dan menjejaskan kehidupan rakyat.


Bermula dengan menu 1Malaysia, menjalar kepada perumahan 1Malaysia (PR1MA), KR1M sendiri dan terbaru Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M). Ini semua mesej jelas, kerajaan tidak mudah tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang bermotifkan politik .


Dalam masa yang sama, penulis berharap pihak-pihak yang berkepentingan dalam KR1M turut mengambil tindakan undang-undang ke atas Tony dan Nurul Izzah di atas pembohongan yang disebarkan. Kerajaan sudah melakukan apa yang terbaik dalam menangani penipuan ini dan sekarang giliran mereka pula untuk memastikan penipuan ini tidak berterusan apatah lagi berkekalan!!


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment